Siapa Aziz Bari Ni : 'Sultan Selangor Tiada Kuasa Bantah Cadangan Tukar MB'

KUALA LUMPUR 23 Julai - Bekas Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sekali lagi mempertikaikan kuasa Sultan Selangor yang didakwanya tidak kuasa membantah sebarang cadangan pertukaran jawatan Menteri Besar dari pihak Pakatan Rakyat (PR) selaku parti majoriti di negeri itu.

Memetik laporan Malaysiakini, beliau mengambil contoh pertukaran jawatan Ketua Menteri Sarawak Pehin Seri Abdul Taib Mahmud yang diterima Yang Di Pertua Negeri tanpa sebarang penolakan.

"Peranan istana dalam perkara ini bersifat istiadat dan formal.

"Seseorang harus memahami makna 'budi bicara' yang digunakan perlembagaan negeri, merujuk kepada keadaan di mana tiada pilihan jelas antara calon yang diberikan," katanya.

Beliau yang kini berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Selangor (UNISEL) mengulas keputusan PKR yang mencalonkan presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan mengambil alih tugas yang disandang Tan Sri Khalid Ibrahim.

Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang bermesyuarat hari ini turut menerima cadangan PKR untuk menggantikan Menteri Besar Selangor dan mencalonkan Presidennya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mengisi jawatan itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana