Shamsul meletop lagi....minta MB Khalid 'reti bahasa'

Jawatan rasmi Shamsul Iskandar Mohd Akin ialah Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK)  yakni nak sama macam Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Dalam hiraki parti ia jawatan tinggi yakni duduk dalam barisan utama selepas Presiden,timbalan dan Naib-naib Presiden.

Selain itu Shamsul juga ialah Ahli Parlimen PKR bagi kawasan Bukit Katil Melaka.

Bayangkan orang yang pada kedudukan tinggi dalam parti begitu boleh langgar begitu saja arahan parti jangan cakap lagi isu jawatan Menteri Besar Selangor.

Baru saja Rabu lalu beliau dapat surat tunjuk sebab dari Lembaga Disiplin PKR mengapa bising pasal jawatan itu.

Ini kerana mengeluarkan kenyataan media desak Khalid undur.

Mungkin agaknya...geram meluap-luap Shamsul pada Khalid hingga tidak dapat tertahan-tahan lagi.

Pagi Isnin beliau langgar semua peraturan...dan membuat kenyataan lagi mendesak Khalid undur.

Shamsul tetap ulangi dakwaannya Majlis Pimpinan PKR  dalam mesyuaratnya pada 15 Januari 2014, telah sepakat memutuskan untuk mendesak Khalid letak jawatan.

Tegasnya Khalid harus patuh pada keputusan itu.

Beliau menghentam Khalid yang tunjuk degil seolah jawatan Menteri Besar tak boleh main-main tukar saja.

Dalam bahasa mudah ia macam orang yang 'tak reti bahasa'.

Shamsul kata Khalid jadi Menteri Besar kerana menang kerusi Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Kelang atas tiket PKR.

"Amat malang apabila proses ini tidak dianggap penting dan dibelakangi. Ini jelas menunjukkan beliau meletakkan dirinya melebihi kepentingan parti, seolah-olah beliau merupakan faktor utama kemenangan Pakatan Rakyat di Selangor," katanya.

Dakwa Shamsul Khalid tidak mungkin menang di Ijok pada PRU12 dan Pelabuhan Kelang PRU13 jika bertanding sebagai calon Bebas atau BN.

Khalid kebelakangan ini tunjuk steady macam tidak goyang walaupun berdepan dengan tekanan dalaman dari PKR agar letak jawatan.

Malah relaks saja anggap cabaran ini akan mendorong beliau bererja lebih keras sebagai Menteri Besar.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana