Setiausaha bank rugi RM34,000 ditipu ‘upline’ MLM

KUALA LUMPUR – Seorang setiausaha di sebuah bank mendakwa kerugian RM34,000, dipercayai ditipu ‘upline’ sebuah syarikat Multi-Level Marketing (MLM) sejak menjadi ahli pada Julai tahun lalu.

Wanita berusia 34 tahun itu mendakwa mahu keluar ahli, namun tidak dibenarkan.

Dia juga mendakwa terpaksa mengikuti latihan berbayar pada setiap bulan dan mencari ahli di bawah naungannya (downline).

Susulan daripada itu, mangsa berjumpa dengan Biro Aduan Komuniti, Pergerakan Pemuda Umno dan Sukarelawan Peguam Untuk Semua (Sukaguam) bagi meminta bantuan bagi menyelesaikan masalah dihadapinya.

Pengerusi SukaGuam, Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata, pihaknya turut dimaklumkan mangsa juga tidak diberikan sebarang salinan dokumen yang telah ditandatangani sebagai bukti dia telah berdaftar dengan syarikat tersebut.

“Aduan mangsa telah dimasukkan ke dalam portal aduan ForTheRakyat dan kini sedang diteliti oleh pegawai aduan yang telah dilantik untuk tindakan susulan,” katanya melalui kenyataan media yang dikeluarkan, semalam.

Sementara itu Pengerusi Biro Aduan Komuniti, Sheikh Nafiq Alfirdous berkata, pihaknya bersama SukaGuam akan memastikan kes ini diberi perhatian agar mangsa mendapat pembelaan sewajarnya.

“Sekaligus mengambil tindakan undang-undang ke atas syarikat MLM yang dipercayai tidak bertanggungjawab.

“Kita juga menasihatkan agar mangsa penipuan yang bukan sahaja dalam kalangan orang biasa, namun golongan profesional supaya berwaspada dan tidak mudah terpengaruh dengan janji kosong segelintir pihak yang mahu memperoleh keuntungan segera,” katanya.

-Sinar harian

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana