Serangan Mabul: Zakiah Masih Hidup, Lokasi Tidak Diketahui

SEMPORNA: Konstabel Zakiah Aliep yang diculik penjenayah bersenjata di Pulau Mabul, di sini menelefon isternya pada malam Ahad memaklumkan beliau masih hidup.

"Dia menelefon isterinya (Sharifah Erna Berson) semalam (Ahad) memaklumkan dia ok dan kini berada bersama beberapa orang," kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar kepada The Star.

Apabila ditanya, di mana Zakiah ditahan, Khalid berkata, pihaknya tidak pasti dan masih menunggu maklumat terbaharu.

Beliau juga berkata, secara kasarnya, polis sudah mengenal pasti identiti beberapa pihak yang dipercayai terbabit dalam serangan di Pulau Mabul pada malam Sabtu lalu itu.

Zakiah, 26, diculik selepas rakanya, Koperal Abd Rajah Jamuan, 32 mati ditembak dalam serangan itu. Anggota polis marin yang terkorban itu dikebumikan pada Isnin dengan penuh istiadat penghormatan polis.

Dalam kejadian pada 11.10 malam pada Sabtu lalu, kedua-dua anggota pasukan keselamatan itu diserang lapan lelaki rakyat Filipina yang bertopeng dan bersenjata.

Selepas menembak mati Abd Rajah, kumpulan penjenayah yang menceroboh sebuah pusat peranginan di pulau itu menculik Zakia dan melarikan diri ke selatan negara berkenaan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana