Serangan hendap dipercayai ada kaitan cubaan penculikan, balas dendam

SEMPORNA: Serangan hendap lapan lelaki bersenjata berat yang mengorbankan seorang anggota Pasukan Polis Marin (PPM) di Pulau Mabul, malam semalam dipercayai ada kaitan dengan cubaan melakukan penculikan dan balas dendam.

Pengarah Operasi Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), Datuk Abdul Rashid Harun, berkata, kumpulan terbabit dipercayai cuba melakukan penculikan di pulau itu tetapi menyerang anggota polis selepas bertembung. Beliau berkata, tindakan lapan lelaki berseluar celoreng, berbaju hitam dan bertopeng itu juga dipercayai ada kaitan dengan tindak balas kumpulan berkenaan terhadap pasukan keselamatan berikutan peningkatan operasi penguatkuasaan di kawasan berkenaan.

"Jika ini puncanya, ia adalah pengorbanan pasukan keselamatan dalam mencegah kejadian penculikan," katanya kepada media, di sini, sebentar tadi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana