Sendiri luluskan, sendiri bantah? Taktikal apa ini wahai DAP?

ADUN DAP Selangor hebat mengkritik projek Lebuhraya Kinrara - Damansara (Kidex), sedangkan parti itu adalah sebahagian daripada exco yang meluluskan projek itu pada 2012.

Antara pemimpin DAP yang menjadi exco ketika itu ialah
Teresa Kok dan Ronnie Liu, selain Ean Yong Hian Wah dan Datuk Teng Chang Khim yang masih menjadi exco.

ADUN penggal pertama, Yeo Bee Yin (Damansara Utama) dan R Rajiv (Bukit Gasing), yang menang dalam pilihan raya umum 2013, mengkritik Khalid kerana pendiriannya menyokong projek kontroversi itu.

"ADUN DAP hendaklah berhenti menyalahkan Menteri Besar Selangor mengenai isu Kidex kerana beliau seorang sahaja tidak boleh meluluskan Kidex," kata Ketua Pemuda MCA Bahagian Petaling Jaya Utara, Andy Lee Vee Meng.

Lee berkata, bagi Rajiv, Yeo dan yang lain-lain untuk mendakwa
mereka tidak menyedari tentang Kidex dalam beberapa tahun kebelakangan ini, menimbulkan tandatanya, dan beliau turut mempersoalkan kejujuran dan kecekapan mereka.

"Mereka tidak berunding dengan penduduk tempatan sebelum meluluskan Kidex," tegasnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana