Selepas Neelofa Kini Emma Maembong Terbuka Hati Untuk Bertudung...Alhamdulilah

KUALA LUMPUR 2 Jun- Selepas Neelofa, 25, memilih untuk tampil bertudung penuh semenjak awal Ramadan lalu, seorang lagi pelakon popular bakal mengikut jejak aktres berkenaan.

Pelakon berdarah kacukan, Emma Maembong, 22 memberitahu beliau bakal bertudung penuh dalam masa terdekat.

"Dalam waktu terdekat. Saya tidak menolak sudah mempunyai niat tersebut, ia akan terlaksana tidak lama lagi," kata Emma Maembong kepada Utusan Online.

Akhir-akhir ini, Emma sering dilihat mengenakan tudung dalam paparan imej di laman sosial dan ia mendapat pujian hebat daripada kalangan peminatnya.

Malah, khabarnya, kekasih Emma yang juga artis terkenal, Zizan Razak turut menyokong hasrat Emma untuk menutup aurat selepas ini.

Menurut Emma dia enggan niat baiknya disalah anggap dan lebih senang sekiranya perubahannya berlaku secara semulajadi, ikhlas dari hatinya.

"Jujur saya katakan selesa bertudung, tetapi buat masa ini saya tidak mahu umum apa-apa lagi," katanya.

Turut terkejut dengan penampilan terbaharu Neelofa, jelas Emma dia tidak tahu berita penghijrahan rakan artisnya itu.

"Maaf saya tidak tahu berita ini, sebab dari semalam tidak sihat," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana