Selangor Buat Judi Kuda, Ulama PAS Diam?

SHAH ALAM 10 Julai - Fungsi Ulama PAS dipersoal semula apabila bangkit isu pembinaan pusat judi lumba kuda di kawasan berpenduduk majoritinya umat Islam dan bangsa Melayu.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Datuk Abdul Shukur Idrus berkata, perpindahan pusat judi dari Sungai Besi je lokasi baru di Bukit Tagar, Hulu Selangor tidak sesuai dan UMNO Selangor membantah keputusan tersebut.

"Kami terperanjat kerajaan Pakatan (Rakyat) yang ada PAS bersama, parti Islam, di mana (suara) ulama PAS (dalam soal ini)? Bila jadi macam ni tidak ada," katanya yang dipetik dari Malaysiakini, hari ini.

Tambah beliau, PAS sebagai parti yang memperjuangkan Islam seakan-akan bisu dengan keputusan pemerintahan PKR Selangor sungguhpun PAS memiliki jumlah kerusi DUN lebih tinggi.

"Dulu kita pernah dengar mereka (PAS) nak tutup kilang arak sebagai bukti memperjuangkan Islam. Apa dah jadi kerajaan negeri Selangor?," tegasnya.

Soal Abdul Shukur, mungkinkah PAS bimbang Pakatan Rakyat berpecah apabila mengutarakan pendapat menentang keputusan bertentangan dengan PKR dan DAP.

“Takkan PAS setuju, PAS ni kan parti Islam. Saya khuatir, PAS ni boleh ke bertindak sendiri jika DAP dan PKR berpendapat sebaliknya.

"Saya khuatir PAS tak mampu kuasai DAP dan PKR, mampukah PAS? Kalau tak mampu, kita akan buktikan hanya Umno yang mampu memperjuangkan orang Islam," ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana