Sarung tangan `Save Gaza': Azizulhasni mungkin akan disiasat

Glasgow: Keputusan pelumba basikal trek negara, Azizulhasni Awang Azizulhasni Awang untuk mengenakan sarung tangan bertulis 'Save Gaza' (Selamatkan Gaza) di Sukan Komanwel di sini, mungkin akan disiasat kerana didakwa melanggar peraturan mempamerkan protes berunsur politik.

Pada aksi di velodrom Sir Chris Hoy itu, Azizulhasni memakai dan menunjukkan kepada kamera kedua-dua belah sarung tangannya yang bertulis “Save” di sebelah kanan dan “Gaza” di sebelah kirinya. Persekutuan Sukan Komanwel, seperti Olimpik sudah membuat keputusan tidak akan menjadikan temasya itu daripada digunakan bagi tujuan politik.

Jurucakap daripada penganjur Glasgow 2014 berkata: “Kami sudah meminta Chef de mission Malaysia untuk memberi laporan jadi supaya kami boleh menganalisis fakta terbabit.”

Begitupun ketika ditanya mengenai tindakan disiplin, dia berkata: “Kami mahu mendapatkan lebih maklumat mengenai perkara ini terlebih dulu.”

Azizulhasni akan beraksi lagi awal pagi ini selepas layak ke suku akhir dalam acara pecut lelaki.

Pada sesi kelayakan awal pagi tadi, Azizulhasni layak selepas mencatat masa 10.158 saat di kedudukan ketujuh terbaik.
Seramai 12 pelumba terbaik layak ke suku akhir. - Agensi

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana