Saiful Bukhari Timang Cahaya Mata Pertama


KUALA LUMPUR 14 Julai - Mohd Saiful Bukhari Azlan hari ini menerima cahaya mata pertama hasil perkahwinannya bersama Nik Suryani Megat Deraman.

Isterinya yang juga personaliti TV3 itu selamat melahirkan anak lelaki sekitar jam 5:35 petang tadi di sebuah hospital sekitar Kuala Lumpur.

Bekas pembantu peribadi Ketua Pembankang, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu berkongsi rasa gembira menerusi laman Facebook mililknya."Alhamdulillah, isteri saya Sue Megat Deraman selamat melahirkan cahaya mata lelaki pertama kami.

"Syukur Ya Allah atas kurniaan dan rezeki yang diberi. Hadiah hari lahir paling bermakna.

"Selamat Datang Anakandaku Yusuf Bukhari bin Mohd Saiful Bukhari," katanya.

Saiful Bukhari telah diijabkabulkan bersama Nik Suryani pada 25 Mei 2013.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana