Rusia tayang video jet pejuang Ukraine dekati MH17

Saling tuduh menuduh... dan kita jadi mangsa. Jika Ukraine dakwa ada gambar pemisah pro Rusia lancar peluru berpandu yang menyebabkan terhempaskan MH17. Rusia pula pada Selasa menyiarkan rakaman video yang diperolehi dari setelitnya menunjukkan kehadiran jet pejuang Ukraine berdekatan MH17 sebelum nahas.

Kementerian Pertahanan Rusia mengeluarkan rakaman yang menunjukkan sebuah pesawat pejuang Sukhoi 25 milik berada dalam lingkungan 10 kilometer daripada MH17 pada awal pagi 18 Julai.

Rakaman video berkenan telah ditayangkan kepada pihak media dalam satu sidang akhbar yang diadakan di Kedutaan Rusia di Jalan Ampang sebentar tadi.

Dalam sidang akhbar yang sama, Duta Rusia, Lyudmila Vorobyeva telah menegaskan kemunculan bukti baharu ini membuktikan bahawa negaranya tidak terlibat dalam insiden tersebut.

Bukti baharu itu juga kata beliau, perlu dipandang serius oleh pasukan penyiasat antarabangsa kerana kemunculan pesawat juang berkenaan menimbulkan pelbagai persoalan.

"Kami juga berharap dengan bukti terbaharu berkenaan, semua pihak diharap dapat berhenti daripada menunding jari menuduh Rusia bertanggungjawab ke atas insiden ini," tegas beliau.

Lyudmila dalam sidang media berkenaan turut menegaskan bahawa negaranya tidak pernah membekalkan sebarang sistem persenjataan canggih kepada pemberontak pro-Rusia.

"Segala senjata pertahan udara canggih yang mereka miliki diperoleh daripada rampasan perang ketika mereka bertempur dengan pihak tentera Ukraine," jelas beliau.

Sementara itu, Lyudmila turut menyampaikan penghargaan negaranya terhadap sikap Malaysia yang tidak menyebelahi mana-mana pihak berhubung insiden tersebut.

Lyudmila berkata Malaysia bersikap neutral dan tidak menyalahkan sesiapa seperti sesetengah pihak lain tanpa sebarang bukti kukuh.

"Walaupun pelbagai tuduhan seperti rakaman audio palsu dan gambar palsu. Malaysia tidak menuduh Russia tetapi lebih menumpukan kepada proses siasatan insiden," katanya.

Lyudmila juga secara sinis menemplak soalan yang mendakwa pihak perisikan Amerika Syarikat (AS) mempunyai bukti jelas bahawa pihak pemberontak pro-Rusia bertanggungjawab menembak jatuh pesawat MH17.

Beliau dalam menjawab soalan tersebut meminta pihak AS mengeluarkan bukti tersebut serta menyatakan dunia juga turut menunggu bukti-bukti lain mengenai senjata pemusnah besar-besaran yang didakwa negara itu dimiliki oleh Iraq.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana