Respect....Diplomasi senyap Najib Razak

Ia merupakan detik kemenangan di tengah-tengah tragedi peribadi bagi pemimpin Malaysia Najib Razak.

Pada awal pagi Selasa lalu, akhirnya, beliau berdiri membuat pengumuman ke seluruh negara tentang kejayaan rundingan -memperolehi kotak hitam pesawat MAS MH17 dari kawalan kumpulan pemisah, dan, yang lebih penting, membawa pulang mayat mangsa.

Nenek tiri Najib sendiri antara penumpang penerbangan yang ditembak jatuh berhampiran sempadan Ukraine-Rusia 17 Julai. Isteri kedua datuk beliau terbang ke Malaysia untuk menyambut Hari Raya.

Untuk menenangkan keluarganya sendiri, seperti juga semua yang telah kehilangan orang yang tersayang, pemimpin Malaysia itu berusaha untuk merungkai kebuntuan yang telah membangkitkan kecelaruan politik, kata sumber yang rapat dengan beliau.

Beratus-ratus mayat diletakkan di tengah-tengah serpihan pesawat di tempat terpencil dengan apa yang digambarkan sebagai "tempat kejadian jenayah yang paling besar di dunia." Mereka dikawal oleh kumpulan pemisah bersenjata yang enggan memberi akses kepada pemantau antarabangsa terhadap bahan bukti dan tapak kejadian.

Sehari selepas kejadian malang itu, pengkritik mempersoalkan mengapa Najib tidak membuat kenyataan penuh emosi menuntut jawapan seperti yang dilakukan pemimpin-pemimpin dunia lain.

Pesawat yang ditembak jatuh di Ukraine itu adalah penerbangan milik negara. Ia membawa 298 orang, yang mempercayai bahawa mereka akan tiba ke destinasinya. Ia merupakan bencana kedua yang menimpa syarikat penerbangan Malaysia (MAS) dalam tempoh lima bulan,ÂÂ  sebelumnya MAS kehilangan secara misteri pesawat MH370.

Selepas Belanda, rakyat Malaysia merupakan penumpang kedua terbesar penerbangan MH17: 43 orang, termasuk 15 anak kapal. Manakah kecaman dari pemimpin Malaysia ini?

"Adalah penting beliau tidak menyalahkan sesiapa sebelum mendapat apa yang diinginkan," kata Wan Saiful Wan Jan, pengulas politik dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut bagi Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAL) di Kuala Lumpur.

"Jika beliau telah mengambil pendirian keras dari awal lagi, kita mungkin tidak mendapat mayat-mayat mangsa nahas dan kotak hitam itu," katanya.
Dari hari pertama, menurut sumber, Najib telah menetapkan gaya diplomatik sendiri; strategi diplomasi senyap.

Bekerja dalam kumpulan kecil - kurang daripada 10 orang - beliau menetapkan sasaran untuk membuat rundingan langsung dengan pemimpin kumpulan pemisah di Donetsk, Alexander Borodai.

Di satu pihak, Najib terus berhubung dengan pemimpin-pemimpin Rusia, Eropah, Ukraine dan Amerika Syarikat, tetapi di pentas lain, beliau menggunakan 'saluran luar' untuk membuat hubungan dengan pihak yang mengawal lokasi kemalangan, kata sumber itu.

"Najib mempunyai rangkaian yang luas. Beliau mencari orang yang boleh menghubungkan beliau dengan Borodai, dan akhirnya datang seorang, dan Najib mula membuat hubungan peribadi," kata sumber kepada CNN.

Panggilan pertama telah dibuat Sabtu lalu, dua hari selepas MH17 dijatuhkan. Sejak itu, kedua-dua membuat "banyak" perbualan, kata sumber itu, termasuk beberapa kali ke telefon gengam Najib.

Menurut sumber itu, Malaysia telah dianggap oleh Borodai sebagai pihak berkecuali dalam situasi yang menyebabkan perang mulut antara Rusia dan Barat.

Selain itu, Najib Razak selama ini telah membina reputasi sebagai 'deal-broker'. Beliau memainkan peranan penting dalam menjayakan perjanjian damai antara kumpulan pemisah Islam di selatan Filipina dan Manila.

Walau bagaimanapun, ada yang tidak senang dengan cara Najib berunding dengan ketua pemberontak pro-Rusia dan mengatakan peranan Najib dipenuhi dengan keraguan.

"Saya fikir beliau mahu melakukan sesuatu yang betul -. Dia panggil diplomasi senyap. Dia kata kemenangan .... Saya tidak fikir ia boleh dipanggil satu kejayaan," kata Gerhard Hoffstaedter dari University of Queensland, Australia.

Ujar beliau, penyerahan mayat-mayat tersebut berlaku lebih lambat daripada yang diharapkan oleh kebanyakkan orang Islam.

Menurut Islam, mayat perlu dikebumikan secepat mungkin selepas kematian. Mangsa-mangsa MH17 telah dibiarkan selama tiga hari sebelum dikumpulkan setempat.

Juga tidak jelas apa yang ditawarkan Malaysia kepada pemberontak menjayakan perjanjian itu, tambah Hoffstaedter.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana