Reformasi PKR gagal kerana kurang unsur adab?

Pimpinan PKR memang amat tertekan dewasa ini. Reformasi atau pembaharuan budaya politik yang mahu diamal dan diserapkan dalam sistem politik Malaysia nampaknya menjadi bak “senjata makan tuan”.

Pada konsepnya, reformasi memang baik. Bagaimanapun untuk menjadikan ia satu realiti ia memerlukan masa dan keikhlasan. Lebih utama daripada itu, ia menagih budaya dan adab perubahan yang santun.

Mengikat pemikiran politik ahli dengan peraturan yang kurang munasabah seperti  tidak boleh meluah rasa dan kerengsaan politik pada media agak bercanggah dengan naluri siasah ahli-ahli parti dan boleh diibarat “meludah ke langit”.

Ini kerana pada pemerintah, PKR menuntut ketelusan dan kebebasan bersuara. Namun bagi ahli-ahlinya yang berjiwa bebas, PKR cuba menjadikan mereka pemikir dan pelaku politik yang “beradab” dengan mematuhi pelbagai syarat berbicara.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana