Rakyat Selangor pilih saya jadi MB, kata Khalid

SHAH ALAM: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendakwa beliau "dipilih" oleh rakyat sebagai Menteri Besar Selangor dan hanya akan berundur jika PKR  menyempurnakan tata cara yang termaktub dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri bersabit jawatan itu.

"Saya percaya mereka yang terlibat dalam usaha ini perlu melalui proses-proses tersebut untuk mencapai matlamat yang mereka inginkan," kata beliau mengulas keputusan Majlis Pimpinan Pusat PKR malam tadi untuk mencalonkan presiden parti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai MB baru.

"Sehingga proses tersebut berlaku dan selesai, saya akan terus menjalankan tugas sebagai Menteri Besar," tambah Khalid.

Dalam kenyataan itu, Khalid memperlihatkan tekad  untuk terus mengenepikan keputusan pimpinan tertinggi PKR yang mahukan Wan Azizah mengambil alih jawatan Menteri Besar itu.

Beliau berkata beliau terus  berpegang kepada jawatan itu kerana ia amanah "rakyat Selangor yang telah memilih saya melalui proses pemilihan yang sah."

Bagaimanapun Khalid tidak menghuraikan apa yang dimaksudkannya.

Pakatan Rakyat menang besar di Selangor pada pilihan raya umum yang lalu dan Khalid dikekalkan sebagai Menteri Besar sungguhpun PKR mempunyai kurang kerusi DUN berbanding DAP dan PAS.

ADUN Pelabuhan Kelang itu berkata beliau menghormati keputusan PKR malam tadi yang diumumkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim namun mengingatkan bahawa sebarang usaha menggantikan beliau harus mengikut undang-undang tubuh kerajaan negeri.

"Saya berharap rakyat Selangor tidak mudah terpengaruh dengan berita-berita fitnah bersifat provokasi dan kontrovesi kerana Selangor mempunyai tatacara pelantikan Menteri Besar secara tertib dan beradab," kata beliau.

Anwar semalam berkata perbincangan "diteruskan" untuk memastikan Khalid memberi kerjasama untuk berundur bagi membolehkan peralihan kuasa kepada isterinya berlangsung.

Esok Majlis Presiden Pakatan Rakyat akan mempertimbangkan pencalonan Wan Azizah untuk jawatan itu sebelum ia dikemukakan untuk mendapat perkenan Istana Selangor.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana