Politik Pakatan Selangor Telah ‘Sesat’ – Profesor Agus

Penganalisis politik, Profesor Dato’ Dr. Mohammad Agus Yusoff berpendapat politik Pakatan Rakyat di Selangor telah menemui jalan ‘sesat’ apabila berlaku krisis dalaman yang kritikal di negeri itu.

“Rumusan penelitian saya adalah: Teruknya perebutan kuasa dalam politik, semakin pincangnya politik PKR, rapuhnya kerjasama dalam PR, kacaunya politik bila terlalu banyak campur tangan, dan politik ini penuh dengan opurtunis yang menunggu untuk mengambil peluang.

“Lalu saya terfikir. Mananya perjuangan untuk membela nasib rakyat dan menegakkan hak rakyat? Nampaknya membela naisb rakyat bukan lagi keutamaan pemimpin politik. Kegilaan mereka ialah berebut kuasa dan mengekalkan kuasa.

“Sesat politik macam ini,” katanya dalam laman sosial mohammadagus.yusoff.

Agus yang juga Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Fakulti Sains Sosial, Universiti Kebangsaan Malaysia berkata beliau telah menggunakan kaedah ‘participant observation’ untuk mencapai kesimpulan tersebut.

“Saya mengambil masa lama untuk meneliti faktor yang menyebabkan berlakunya krisis dalam kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.

“Metodologi saya mudah. Saya menemu bual tokoh-tokoh politik tempatan dan nasional, mendengar cerita dari ahli parti, berbincang dengan rakan wartawan dan juga rakan sejawatan,” katanya lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana