Polis buru suspek ugut bunuh MB Kedah, Setiausaha Sulit Sultan Kedah...MAna Mahu Lari Ni?

ALOR SETAR: Polis sedang memburu seorang suspek yang dikaitkan dengan ugutan bunuh terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Setiusaha Sulit Sultan Kedah, Datuk Syed Unan Mashri Syed Abdullah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Asisten Komisioner Nashir Ya, berkata pihaknya sudah mengenal pasti suspek yang berkaitan dengan laman sosial Facebook 'Padi Jantn' dan kini sedang giat mengesan kedudukannya untuk mengambil tindakan lanjut mengikut undang-undang. "Kita sedang memburu suspek... kita sudah mengenalpastinya dan pemburuan sedang giat di jalankan," katanya ketika dihubungi, di sini.

Sehingga semalam, sebanyak 20 laporan polis sudah dibuat berhubung kes ugutan bunuh itu oleh beberapa Bahagian UMNO dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) di seluruh negeri Kedah.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana