PM DAN ISTERI SEBAK KETIKA MELAWAT KELUARGA MANGSA #MH17

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor hari ini meluangkan masa kira-kira dua jam bertemu waris penumpang dan anak kapal pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH17 yang terhempas di Ukraine.

Pertemuan dalam bilik taklimat di sebuah hotel di sini diselubungi suasana sayu dan menyentuh perasaan apabila beberapa waris tidak dapat menahan kesedihan dan menangis ketika bertemu pemimpin negara itu.

Najib dan Rosmah dilihat menemui waris setiap 24 keluarga yang ada di situ secara peribadi dan memberi perhatian penuh ketika mendengar kisah mereka.

Turut serta dalam pertemuan itu ialah Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Aziz Kaprawi, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari dan Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Dalam sidang berita kemudian, Perdana Menteri menyifatkan pertemuan itu sebagai ‘membawa dimensi kemanusiaan yang menyentuh perasaan’.

“Bila saya jumpa dengan ahli keluarga, baru kita dapat perspektif dari sudut individu, dari sudut yang melibatkan unit keluarga dan ini membawa satu perspektif yang mana kita dapat melihat secara dekat pada peringkat individu.

“Jadi, ada yang menyentuh perasaan dan emosi saya bila saya jumpa ahli keluarga dan mendengar cerita mereka, betapa sedih pilu perasaan mereka,” katanya.

Penerbangan MH17, yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal, adalah dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur sebelum terhempas di Ukraine, berhampiran dengan sempadan Rusia, pada Khamis lepas.

Pesawat Boeing 777 itu berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengah hari (waktu Netherlands) Khamis dan dijadual tiba di Kuala Lumpur pada 6.10 pagi (waktu Malaysia) pada Jumaat. – BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana