Pesuruhjaya PAS Selangor Sedih Melihat Hadi Dihina…

Iskandar Abdul Samad, Pesuruhjaya PAS Selangor sedih melihat Datuk Seri Abdul Hadi Awang dihina oleh pimpinan parti sendiri berikutan ketegasan presiden parti itu mempertahankan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

“Sedih melihat Presiden PAS dihina, dikutuk dan diugut oleh ahli dan pimpinan sendiri. Tak sangka akan berlaku seperti ini,” kata Iskandar dalam twitter hari ini.

Semalam, Hadi mempertahankan Khalid kekal sebagai Menteri Besar Selangor kerana beliau tidak pernah khianat dalam menjalankan amanah kepada rakyat.Menurut Hadi, alasan pihak yang mahu menukar Menteri Besar Selangor adalah tidak kukuh dan beliau secara peribadi tidak setuju kerana melihat Khalid tidak terlibat masalah besar.

“Kalau beliau (Abdul Khalid) terlibat dengan skandal, pecah amanah, salah guna duit Selangor, itu ya (sememangnya) kita boleh tukar. Tapi kalau alasan-alasan yang lain, itu kita boleh urus tetapi bukanlah dengan cara tukar menteri besar dan biarlah dia habiskan tempoh penggal.

“Isunya adalah tunaikan amanah pemimpin. Kita dapati Tan Sri Khalid tidak sampai kepada peringkat khianat terhadap amanah ini, adalah salah sekiranya kita turunkan beliau,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas kuliah Jumaat di rumahnya di Rusila pada Jumaat.

Pimpinan PAS pertama yang sinikal terhadap Hadi adalah Ketua Penerangan parti, Datuk Mahfuz Omar.

Mahfuz ketika dihubungi Malaysiakini menolak kenyataan Hadi itu yang disifatkan pandangan peribadi.

“Saya tak tahu pun. Lepas Raya baru kita mesyuarat (hal ini),” kata Mahfuz kepada Malaysiakini.

Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad turut sependapat dengan Mahfuz.

“Kita sudah bersetuju akan berbincang mengenai hal ini pada 10 Ogos. Jadi saya menganggap ini bukan keputusan rasmi PAS lagi,” kata Khalid Samad kepada The Malaysian Insider.

Khalid Samad turut mendakwa kenyataan Iskandar tidak mewakili PAS Selangor kerana mesyuarat dua kali antara Badan Perhubungan PAS Selangor dengan Dewan Harian PAS Pusat tidak pernah mencapai apa-apa kata sepakat mengenai kedudukan Menteri Besar Selangor.

Kenyataan Khalid Samad disokong oleh Ahli Badan Perhubungan PAS Selangor, Izham Hashim yang mengesahkan PAS negeri masih belum membuat keputusan sama ada Khalid harus kekal sebagai menteri besar atau disingkirkan.

“Mesyuarat tidak mencapai apa-apa kata sepakat kerana kami mempunyai pandangan berbeza mengenainya. Mesyuarat memutuskan untuk diserahkan kepada pimpinan parti untuk dirundingkan dengan rakan-rakan Pakatan Rakyat untuk mencapai kata sepakat,” kata Izham kepada The Malaysian Insider.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu juga turut menolak kenyataan Hadi berhubung dengan sokongannya terhadap Menteri Besar Selangor itu.

Mohamad Sabu yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu menggangap pendirian Hadi semalam bersifat peribadi dan parti akan membuat keputusan tentang perkara itu pada 10 Ogos.

“Itu pandangan peribadi, kita akan mesyuarat 10 Ogos. Pada 10 Ogos nanti keputusan parti.

“10 Ogos mesyuarat (dan) kita patuh pada keputusan mesyuarat,” katanya kepada Antarapos.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana