Perkasa Selangor : Khalid Samad 'Pencacai' Kumpulan Anti Islam

SHAH ALAM 16 Julai - Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Selangor hari ini mempersoalkan tindakan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad yang dilihat seperti membawa agenda pihak tertentu yang anti-Islam apabila mempertikai kuasa Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) sehingga mendapat amaran daripada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Yang Di-Pertua Perkasa Selangor, Abu Bakar Yahya berkata, sehubungan itu Khalid didesak memohon maaf secara terbuka kepada Sultan Selangor dan rakyat di negeri Selangor bagi membuktikan beliau tidak terlibat dengan mana-mana pihak anti-Islam.

"Perkasa ingin mendesak beliau melakukan permohonan maaf secara terbuka kepada Sultan Selangor serta seluruh rakyat negeri Selangor berhubung perkara ini.

"Sekiranya beliau tidak ingin memohon maaf secara terbuka, persepsi rakyat terhadap beliau akan terus menganggap beliau merupakan 'pencacai' kumpulan-kumpulan yang anti-Islam," katanya di Ibu Pejabat Perkasa Selangor di Seksyen 9 di sini hari ini.

Abu Bakar menjelaskan, Khalid selaku ahli Pas juga tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan mempertikaikan tersebut malah beliau sepatutnya menjaga kesucian Islam.

Katanya, Pas Peringkat Pusat juga didesak untuk mengambil tindakan disiplin ke atas Khalid dan tiga lagi Ahli Parlimen Pas yang dilihat sengaja mempertikaikan tanggungjawab majlis agama di bawah kuasa Sultan itu.

"Sepatutnya beliau memulihara kesucian Agama Islam di negeri Selangor ini dan sepatutnya beliau membantu tugas Mais, bukannya mengkritik sehingga mencadangkan peraturan di Selangor dipinda.

"Kenyataan beliau serta tiga lagi rakan Ahli Parlimen dari Pas sepatutnya dibincangkan di peringkat tertinggi Pas dan sekiranya kenyataan itu tidak melambangkan apa pendirian Pas, peringkat pusat perlu mengambil tindakan disiplin kerana ia menggambarkan Pas seperti 'pak turut' kepada rakan-rakan parti yang lain," ujarnya.

Semalam, Sultan Sharafuddin Idris Shah di dalam titah ucapannya, menyatakan baginda amat kesal dan kecewa dengan kenyataan tidak bertanggungjawab Khalid yang mencadangkan kerajaan Selangor menghapuskan kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Menurut baginda, tindakan Khalid mempersoalkan kuasa MAIS itu seolah-olah menunjukkan sikap biadab dan penentangannya kepada kuasa baginda sebagai ketua agama Islam yang mendapat nasihat daripada pihak MAIS berkenaan agama Islam seperti mana termaktub di dalam bawah undang-undang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana