Perdana Menteri Jumpa Keluarga Mangsa MH17, MH370 Bersempena Aidilfitri

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan satu pertemuan tertutup dengan anggota keluarga penumpang dan kru pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 dan MH17 bersempena sambutan Aidilfitri di Seri Perdana, hari ini.

Pada pertemuan itu, Najib yang berbaju melayu merah turut memberi kata-kata semangat kepada anggota keluarga untuk mengharungi detik sukar ini.

Ibu pembantu juruterbang MH17, Muhamad Firdaus Abdul Rahim iaitu Fatimah Ibrahim, 62, berasa lega selepas berjumpa pemimpin nombor satu negara.

“Dalam pertemuan tadi, Perdana Menteri memberi kata-kata semangat kepada anggota keluarga MH370 dan MH17 yang hadir supaya tabah menghadapi ujian ini.

“Sekarang, saya pun berasa lega dan kurang tertekan,” kata Fatimah, yang kelihatan tenang ketika ditemui di pekarangan Kompleks Seri Perdana.

Bernama melaporkan bapa saudara Muhamad Firdaus iaitu Azman Ibrahim, 50, pula berkata dalam pertemuan itu, Najib berjanji kerajaan Malaysia akan melakukan yang terbaik untuk membawa balik jenazah mangsa dalam tempoh terdekat.

“Perdana Menteri juga memberitahu proses (membawa balik jenazah) akan mengambil sedikit masa kerana ia membabitkan pihak-pihak antarabangsa dan banyak yang perlu dilakukan,” katanya.
Sementara itu, Madiani Mahdi, 42, yang tidak menyambut Aidilfitri pada tahun ini kerana masih bersedih dengan pemergian suami tersayang, berkata perjumpaan dengan Perdana Menteri pada 1 Syawal telah menyuntik semangat beliau untuk terus bersabar menghadapi dugaan.

Selain itu, Madiani, yang juga isteri Shaikh Mohd Noor Mahmood, berkata beliau bersama dua anaknya berumur 13 dan dua tahun redha dengan pemergian pramugara pesawat MH17 berkenaan.

“Ini ketentuan Allah," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana