Pensyarah UM rekrut pengebom berani mati pertama Malaysia...Pensyarah Pun Boleh Pengaruh?

SOALAN: Mengapa pensyarah kanan Universiti Malaya (UM), Dr Mahmud Ahmad menjadi individu paling dikehendaki di Malaysia hari ini?

JAWAPAN: Beliau dikenal pasti sebagai individu pertama melatih pengebom berani mati Malaysia, Ahmad Tarmimi Maliki yang meletupkan 25 askar elit Iraq di ibu pejabat SWAT di al-Anbar pada 26 Mei.

Beliau juga sedang merancang satu siri penculikan pelajar Malaysia yang meninggalkan sel militannya. Semua pelajar itu kini dianggap sebagai "tebusan" dan perlu "disenyapkan" kerana mengetahui semua operasi Mahmud dan sel militannya.

Sumber perisikan Malaysia memberitahu The Malaysian Insider Mahmud, 36, terlibat dalam aktiviti militan sejak 1990-an semasa belajar di Universiti Islam Antarabangsa di Islamabad, Pakistan.
Pada ketika itu, beliau menerima latihan ketenteraan di kem Al-Qaeda di Afghanistan.

Nama Mahmud muncul dalam berita untuk kali pertama semalam apabila polis Bukit Aman mengeluarkan senarai nama lima pengganas Malaysia paling dikehendaki.

Mahmud, yang sudah berkahwin juga dikenali dengan nama lainnya, Abu Handzalah. Alamat terakhirnya yang diketahui adalah di Batu Caves, Selangor.

Mahmud, pensyarah kanan di Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam UM dikatakan sedang bersembunyi di selatan Filipina sejak 22 April.

Dua anggota selnya yang termasuk dalam senarai dikehendaki polis adalah Mohd Najib Husen dari Kota Damansara, Petaling Jaya, dan Muhammad Joraimee Awang Raimee.

Mereka bertiga terlibat dalam merekrut dan menghantar rakyat Malaysia menyertai pejuang Kumpulan Negara Islam dan Jajahannya (Isil) di Syria, manakala dua yang lain adalah anggota Darul Islam Sabah dan menyertai Abu Sayyaf.

Mohd Najib memiliki kedai fotostat dan alat tulis di UM. Mahmud dan Mohd Najib merupakan anggota kanan sel militan.

Nama lain yang dikeluarkankan polis semalam ialah Mohd Amin Baco, 31, dan Jeknal Adil, 30. Kedua-duanya dari Tawau, Sabah.

Mereka adalah ahli Darul Islam Sabah dan kedua-duanya dikatakan menyertai kumpulan Abu Sayyaf yang berpangkalan di selatan Filipina.

Sumber perisikan memberitahu The Malaysian Insider, Mahmud yang merupakan pensyarah di sebuah universiti swasta sebelum menyertai UM, menggunakan kedudukannya sebagai ahli akademik untuk menarik pelajar dalam aktiviti militan.

“Beliau bukan saja merekrut rakyat Malaysia untuk bersama-sama berjuang bersama Isil tetapi juga merancang menculik bekas pelajar yang meninggalkan sel kerana mereka tahu banyak perkara mengenai aktiviti militan," kata sumber berkenaan.

Siasatan juga mendedahkan Mahmud bertanggungjawab merancang mesyuarat antara pemimpin sel dari Asia Timur dan mereka di Selatan di sebuah “rumah perlindungan” di Shah Alam, Selangor yang diserbu polis bulan lalu.

Mesyuarat antara pemimpin itu adalah untuk membincangkan penubuhan sebuah Khalifah Islam dipanggil Daulah Islamiyah Asia Tenggara.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini menasihatkan umat Islam di Malaysia agar tidak mudah terpengaruh atau taksub dengan pertempuran kumpulan militan di luar negara.

Beliau berkata, kerajaan tidak boleh menghalang rakyat Malaysia daripada melawat negara yang terjejas dengan konflik jika mereka diberikan visa tetapi memberi amaran berjuang menegakkan kesucian Islam tidak bermaksud mengangkat senjata api dan menjadi pengebom berani mati.

Zahid berkata demikian selepas adanya laporan mengenai rakyat Malaysia yang dikatakan mempunyai kaitan dengan Isil, kumpulan serpihan al-Qaeda, yang berjuang di Iraq dan Syria.

Seorang daripadanya dikenal pasti sebagai bekas ahli Dewan Ulama PAS, Lotfi Ariffin, yang dipecat parti itu bulan lalu selepas mengetahui beliau mendaftar dengan kumpulan militan.

Seorang lagi dipercayai adalah pengebom berani mati yang membunuh 25 anggota polis Iraq  pada Mei manakala polis di sini menahan tiga lelaki tempatan, dipercayai anggota kumpulan itu, awal bulan ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana