Pengemis: BN Lebih Faham, Pakatan Hanya Tahu Ambil Kesempatan


PEMBANGKANG yang kecoh-kecoh pasal Kementerian Wilayah Persekutuan nak bersihkan Kuala Lumpur dari aktiviti pengemis warga asing ni sebetulnya bukan simpati mana pun dengan golongan itu.

Dia kecoh sekarang sebab nak jatuhkan imej kerajaan semata-mata dengan putar belit kenyataan Menteri berkenaan, tidak lebih dari itu.

Nak kira dari segi merit, BN lebih faham masalah gelandangan dan pengemis asing ini, pembangkang tahu apa?  Kerajaan dah lama tubuhkan Anjung Singgah untuk beri tempat tidur kepada golongan gelandangan, hantar pengemis warga tempatan ke rumah kebajikan masyarakat bila ditangkap dan sebagainya.

Yang masalah sekarang ialah pengemis warga asing, itu yang nak dibenteras kerajaan.  Pelacur di Kuala Lumpur ni banyak juga, tapi kalau kegiatan pelacuran dibuat secara terbuka macam kegiatan mengemis ni, kerajaan akan ambil tindakan juga.

Pembangkang pernah buat apa untuk bantu golongan ni?  Pernah kita dengar ke PAS bagi derma atau siapkan tempat tinggal pada golongan pengemis dan gelandangan?  Dia minta derma dengan orang lagi adalah – setaraflah PAS dengan pengemis yang dia nak bela-bela kononnya itu pun.

Lagi mau banyak cakap.

Eh, bila fikir-fikir semula, banding dengan pengemis tepi jalan dan PAS, jauh rendah lagi taraf PAS sebab PAS jual agama untuk mengemis dari rakyat.

Kononnya duit itu tujuannya jihad dan nak digunakan untuk perjuangan Islam, walhalnya nak bagi pemimpin dia bersenang-senang sampai ke tahap melawat orang sakit sampai ke Turki – kaya tu, lawat orang sakit sampai ke Turki sana. Calang-calang orang tak mampu nak melawat orang sakit sejauh itu.

Jadi nasihat penulis, usahlah panjang-panjang dalam isu pengemis dan gelandangan ini bila PAS sendiri pun lebih rendah tarafnya daripada golongan tersebut.  Biar saja kerajaan BN uruskan perkara ini kerana kita lebih faham dan ambil berat nasib golongan itu selama ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana