Peminat Bersorak Lihat David Beckham Bawa Anak-Anak Tonton Piala Dunia

Istimewanya lagi, ini merupakan pertama kali David Beckham muncul bersama tiga orang anaknya untuk menonton Piala Dunia.

Umum mengetahui apa sahaja yang dilakukan oleh pemain bola sepak antarabangsa David Beckham pasti menjadi perhatian.

Terbaru, Beckham sekali lagi telah mencuri tumpuan ramai apabila dia hadir ke staidum membawa tiga orang anak lelakinya iaitu Brooklyn, Romeo dan Cruz untuk menonton secara langsung perlawanan akhir Piala Dunia 2014 Jerman menentang Argentina yang berlansung di Estadio do Maracana, Rio de Janeirio, Brazil awal pagi tadi.

Kehadiran mereka telah mengejutkan para penonton dan juga pemain-pemain bola sepak yang berada di dalam stadium tersebut.

Menurut laporan Dailymail, sebelum perlawanan bermula Beckham dilihat seakan-akan memberikan penerangan mengenai apa yang bakal berlaku semasa perlawanan berlangsung kepada anak sulungnya, Brooklyn.

Brooklyn dan Romeo hadir memakai jersi berwarna biru tanda sokongan mereka terhadap pasukan Argentina.Turut tidak ketinggalan, bintang bola sepak terkenal dunia  Kaka dan Pele juga tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama Beckham.

Rata-rata penonton yang berada di stadium tidak dapat menyembunyikan perasaan gembira mereka apabila setiap kali wajah Beckham bersama anak-anaknya muncul di 'screen' yang disediakan, mereka pasti bersorak dengan kuat.

Tahniah buat pasukan Jerman kerana menjuarai Piala Dunia 2014.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana