Pemimpin PAS diarah henti bincang isu MB Selangor secara terbuka...Alahaiii Stopa Ni

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali hari ini menyeru agar pemimpin-pemimpin PAS berhenti membincangkan isu Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim secara terbuka.

Kuatnya penyokong ANWAR....Alahai Mustafa Ali.
Lidah rasmi itu memetik Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali yang menyeru semua pihak menunggu hasil mesyuarat 10 Ogos yang akan membuat keputusan mengenai hal itu.

Katanya banyak kenyataan dibuat mengenai isu tersebut dan sebahagiannya melanggar etika berikhtilaf yang tidak selari dengan etika berbeza pendapat dalam jamaah.

"Ini menimbulkan persepsi yang tidak baik terhadap parti," katanya, dan menambah tidak seharusnya berlaku kenyataan yang menyerang peribadi antara satu sama lain dalam kalangan pemimpin PAS.
"Kita harus kembali kepada adab berikhtilaf atau berbeza pendapat yang harus dijurus dan diuruskan mengikut tatasusila kaedah kita berjamaah,” katanya kepada Harakahdaily.

Mustafa menyeru semua ahli dan pemimpin parti agar berhenti meneruskan perbincangan isu Khalid secara terbuka kerana ia boleh menjejaskan kewibawaan dan nama baik parti Islam itu.

"Kita ada saluran-saluran yang telah ditetapkan dalam parti di mana pandangan-pandangan itu boleh disalurkan pada waktu itu,” katanya dipetik Harakahdaily.

Dia seterusnya menasihatkan semua pihak bersabar menunggu keputusan mesyuarat PAS Pusat pada 10 Ogos yang akan membincangkan kedudukan Khalid sebagai menteri besar Selangor.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana