Pemberontak Pro-Rusia Tembak Jatuh Dua Jet Pejuang Ukraine

KIEV: Pemberontak pro-Rusia pada Rabu menembak jatuh dua jet pejuang Ukraine di timur Ukraine, hanya beberapa hari selepas nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang dipercayai ditembak jatuh di wilayah itu, kata jurucakap tentera Ukraine kepada AFP.

"Dua jet pejuang Sukhoi milik Ukraine telah ditembak jatuh," kata jurucakap, Oleksiy Dmytrashkivsky.

Beliau menambah, kedua-dua jet pejuang itu ditembak jatuh di sebuah kawasan kira-kira 25 kilometer dari lokasi nahas pesawat MH17 yang dipercayai ditembak jatuh pada 17 Julai lalu.

Bagaimanapun, seorang lagi jurucakap tentera berkata bahawa jet pejuang itu ditembak jatuh di sebuah lokasi berbeza oleh peluru berpandu oleh kumpulan pemberontak.

Katanya, kedua-dua juruterbang berjaya menyelamat diri menggunakan payung terjun.

"Hari ini, pejuang pro-Rusia menembak dua jet pejuang Sukhoi-25 di selatan wilayah Lugansk dekat perkampungan Dmytrivka menggunakan sistem peluru berpandu," kata jurucakap Vladislav Seleznev.

"Juruterbang cuba bertindak untuk mengelak tetapi pesawat telah ditembak," katanya. - AFP

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana