PAS bincang kemelut pertukaran MB Selangor esok...

Untung sabut timbul, untung batu tenggelam... nampak gayanya menjelang esok (Ahad) lobi melobi calon bakal pengganti Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim giat dijalankan.

Sehingga kini, pemimpin PAS tidak merestui usaha tukar Abdul Khalid yang menyebabkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam kedudukan sukar.

Ini kerana desakan dari PKR mahu Abdul Khalid digantikan.

PKR diakatakan mencadangkan ADUN Kajang Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon kompromi jika ADUN Bukit Antarabangsa Azmin Ali tidak mendapat sokongan dari PAS dan DAP.

Bagaimanapun Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dilihat cuba 'playdown' pertemuan esok.

Katanya, perjumpaan itu bukan khusus berkenaan kedudukan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semata-mata tetapi perkara lain juga.

“Kita mahu bincangkan perkembangan politik di Selangor dalam pelbagai sudut,” katanya dipetik Sinar.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad turut mengesahkan perjumpaan pada hujung minggu ini.

“Ya, ada pertemuan antara PAS Pusat dan PAS Selangor Ahad ini. Pusat hendak dengar pandangan Adun, Ahli Parlimen dan Yang Dipertua PAS Kawasan berhubung isu Menteri Besar,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kayat ketika dihubungi berkata, perjumpaan itu bertujuan mendengar cadangan dan pendapat peringkat akar umbi.

"Pas parti yang tidak membuat sesuatu keputusan terburu-buru dengan mendengar cakap sesetengah pihak sahaja dan kita akan adakan perbincangan untuk capai kata sepakat dan buat keputusan.

Ketika ditanya berkenaan kelantangan beliau sebelum ini pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang yang mahukan kedudukan Menteri Besar itu berhak diberikan kepada PAS beliau berkata, ia merupakan pendapat semata-mata.

Suhaizan juga tidak menolak sekiranya jawatan Menteri Besar itu diisi oleh PKR lagi jika ia keputusan bersama parti komponen lain dalam PR dalam masa sama tidak mahu PAS dilihat sebagai parti yang hanya mengambil peluang dalam masalah kepimpinan di negeri tersebut.

Kebelakangan ini timbul desakan segelintir ahli PKR yang mahukan Abdul Khalid berundur termasuk suara kalangan Pas  sendiri.

Desakan lepas jawatan itu timbul apabila Abdul Khalid dikatakan mengetepikan pandangan Adun semasa membuat beberapa keputusan besar yang membabitkan negeri antaranya isu penstrukturan semula industri air negeri.

PAS yang memenangi majoriti 15 kerusi pada Pilihan Raya Umum (PRU13) memberi laluan kepada PKR untuk jawatan Menteri Besar yang mana masing-masing memperolehi 14 kerusi bagi DAP dan PKR.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana