Parah...Parah!!!! Tindakan 'Ikut Suka Aku' : Faekah Berang Keputusan Anwar Lantik Isteri Jadi MB

KUALA LUMPUR 22 Julai - Setiausaha Politik Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Faekah Husin hari ini mencetuskan kontroversi apabila menyatakan rasa ketidakpuasan hatinya terhadap keputusan pucuk pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menggugurkan bosnya dari jawatan Menteri Besar Selangor.

Menerusi laman twitternya, Faekah dengan nada sinis menganggap keputusan mesyuarat yang dipimpin Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tindakan 'Ikut Suka Aku' tanpa merujuk kepada Undang-Undang Tubuh Negeri dalam melantik atau menggantikan jawatan tertinggi pentadbiran negeri Selangor itu.

Faekah turut dengan nada sinis memberi reaksi berang dengan keputusan melantik Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Ismail menggantikan Khalid Ibrahim bagi jawatan tersebut."Manusia boleh mencanai, mencorak dan memporak perandakan, namun bila Allah tak izin, Allah tak izinlah. Penghalang hanya penyebab," katanya menerusi laman sosial berkenaan.

Tindakan Faekah yang turut disokong blogger pro pembangkang, Rakyat Marhaen yang menggunakan @nurislah telah menimbulkan ketegangan di kalangan penyokong PKR di laman twitter miliknya

Khalid dalam kenyataan terbaru hari ini telah mengingatkan pucuk pimpinan PKR agar mematuhi Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri sebelum bertindak menggugurkan beliau.

Beliau yang mempertahankan jawatannya itu mendakwa akan berpegang teguh kepada enakmen berkenaan yang menetapkan tatacara khusus bagi pelantikan atau penggantian Menteri Besar Selangor.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana