Panasss!!!! Pakatan Rakyat kelamkabut...Anwar rayu Sultan Selangor maafkan Khalid

Pakatan Rakyat jelas tersentak dengan luahan rasa murka Sultan Selangor Sultan Selangor terhadap gelagat Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Abdul Samad dalam isu kenyataannya berkaitan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Ini adalah kali pertama Sultan Sharafuddin Idris Shah sepanjang menduduki takhta menghentam seorang ahli politik dengan nada tegas dan keras hingga menyifatkan Khalid biadap.

Kemurkaan baginda mencetuskan kebimbangan kepada mereka lebih-lebih lagi kerusi Parlimen yang diwakili Khalid ialah ibu negeri Selangor dan dimana terletaknya istana utama Sultan.

Rasa kelamkabut ini jelas terpancar bila Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri tampil memohon untuk mengadap Sultan Selangor untuk memohon maaf Pakatan Rakyat bagi pihak Khalid.

Bercakap kepada wartawan selepas satu majlis di kediaman rasmi Menteri Besar di Shah Alam Rabu,merayu baginda memberi ruang kepada Khalid untuk dimaafkan.

Beliau merayu kepada Sultan 'ambil kira' sempena bulan Ramadhan sekarang.

Katanya mereka menerima titah Sultan tetapi memohon agar Khalid diberi ruang untuk bagi penjelasan.

Sementara itu Khalid sendiri memberitahu beliau telah memohon perkenan menghadap Sultan Selangor bagi memberi penjelasan berhubung kenyataannya berkaitan MAIS yang mencetus kemurkaan baginda.

Timbalan Pesuruhjaya III PAS Selangor itu berkata beliau telah menghantar surat kepada pihak Istana Selangor petang ini bagi memohon kebenaran untuk majlis menghadap itu.

"Tujuan (memohon menghadap) ialah untuk jelaskan kenyataan saya yang sebenar terhadap baginda. Kita tidak boleh berpegang pada laporan akhbar sahaja...kita khuatir kenyatan kita telah disalah tafsir kerana ia (titah sultan) dibuat berdasarkan bacaan daripada laporan akhbar arus perdana.

"Mungkin ini semua salah faham," katanya.

Dalam pada itu Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang diminta ulas isu berkenaan Rabu menyarankan semua pihak supaya mengambil kira kepentingan sistem Raja Berpelembangaan di negara ini sebelum membuat sebarang teguran demi menjaga ketenteraman awam.

Beliau berkata wakil rakyat seharusnya lebih beradab dan tertib dalam membuat teguran atau kenyataan malah perlu mengambil kira kepentingan rakyat terlebih dahulu memandangkan mereka adalah pemimpin pilihan masyarakat.

"Untuk menjaga ketenteraman dan kejayaan sesuatu pengurusan, ia bukan saja ikut lunas, tapi adab dan tertib mesti diutamakan.

"Oleh sebab itu, walaupun kadang kala idea kita betul, tapi penyaluran idea dan cadangan juga perlu dibuat dengan penuh tertib dan terbaik supaya akhirnya tujuan kita buat (kenyataan) itu dapat dilaksanakan," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana