Panas Ni....Hakim Tarik Diri Dengar Rayuan Muhammad Shafee

PUTRAJAYA 14 Julai - Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mah Weng Kwai yang juga bekas Pengerusi Majlis Peguam hari ini menarik diri daripada mendengar rayuan peguam Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah yang didenda RM5,000 selepas didapati bersalah oleh badan itu atas dakwaan salah laku profesion, empat tahun lalu.

Hakim berkenaan bersetuju menarik diri daripada mendengar rayuan tersebut bagi mengelak berlaku konflik kepentingan kerana beliau juga pernah menganggotai Lembaga Disiplin badan itu selama 10 tahun.

Sehubungan itu, Hakim Mohamad Ariff Md. Yusof yang mengetuai panel tiga hakim bersidang menangguhkan rayuan hingga 14 Oktober depan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana