Panas Ni!!!! Wan Azizah Dilantik MB Selangor Bulan Depan?

KUALA LUMPUR 5 Julai - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak khabar angin yang mengaitkan nama isterinya sebagai Menteri Besar Selangor baharu menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri pada bulan hadapan.

Beliau berkata, setakat ini masih belum diadakan sebarang perbincangan khas berhubung status jawatan tertinggi Kerajaan Negeri tersebut.

"Perkara itu dijangka akan dapat diselesaikan tidak lama lagi kerana akan menjejaskan keupayaan Pakatan untuk mentadbir Selangor sekiranya terus berlarutan," katanya kepada pemberita ketika menghadiri Majlis Berbuka Puasa di Guar Perahu, Permatang Pauh di sini malam tadi.

Anwar turut mengakui bahawa wujud kebimbangan yang serius terhadap pentadbiran Khalid berikutan ketegangan dan desakan pimpinan parti agar jawatan Menteri Besar ditukar serta merta.

“Terdapat banyak kebimbangan mengenai Selangor, contohnya tiada rundingan dengan pemimpin negeri berhubung isu lebuhraya Kidex dan konsesi air," katanya.

"Saya mempertimbangkan semua pandangan, saya sedar, saya mendengar, dan berbincang dengan rakan kongsi kita, DAP dan PAS, semua ini dijalankan secara baik, melalui persefahaman antara semua parti," katanya.

Semalam, Khalid mengulangi pendiriannya akan terus memegang jawatan Menteri Besar Selangor dan tidak akan melayan sebarang desakan dari mana-mana pihak dalam PKR.

Khalid yang yakin dengan sokongan yang diberikan barisan Exco Kerajaan Negeri itu turut membidas tindakan beberapa pemimpin PKR yang melakukan serangan secara terbuka terhadapnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana