Panas Ni!!!! Shamsul, Faekah Dan Amiruddin Terima Surat Tunjuk Sebab

PETALING JAYA 2 Julai - PKR mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Caves Amiruddin Shaari serta Faekah Hussein berhubung isu penggantian Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, kata Pengerusi Lembaga Disiplin parti itu Datuk Dr Tan Kee Kwong.

Tan dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini berkata, Lembaga Disiplin PKR akan mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada anggota-anggota berikut untuk mendapatkan penjelasan berkenaan kenyataan media yang dikeluarkan kesemua mereka berhubung isu tersebut.

Shamsul yang juga ahli Parlimen Bukit Katil sebelum ini secara terbuka mendesak pengunduran segera Khalid daripada jawatan menteri besar Selangor lantaran kegagalan mempertahankan jawatan ketua PKR Cabang Kuala Selangor yang disandang sebelum ini.

Shamsul berkata, pengunduran Khalid tidak akan memudaratkan pentadbiran Selangor kerana ramai lagi pemimpin PKR yang berkelayakan dan berupaya menggalas tugas sebagai ketua negeri.

"Saya juga minta supaya Khalid memikirkan sedalam-dalamnya apakah tindakan yang terbaik untuk beliau lakukan.

"Pada saya, kalau kita dilihat tidak lagi upaya memimpin sewajarnya kita meletakkan jawatan dan tak perlu kita tunggu kepada mesyuarat PR dan sebagainya kerana kita ada ramai pemimpin di dalam PKR yang boleh memegang teraju itu dan boleh memimpin dengan lebih baik lagi," katanya.

Amiruddin dalam komentarnya turut berkata, kenyataan Shamsul adalah tepat, berasas dan selari dengan prinsip kebertanggungjawaban politik.

Beliau berkata, Khalid seharusnya sedar jawatan menteri besar yang kini disandang olehnya diputus dan ditentukan oleh kepimpinan parti dan Pakatan Rakyat (PR).

"Pengumuman beliau tempoh hari untuk tidak mengundur daripada jawatan tersebut mengundang tanggapan negatif di kalangan rakyat Selangor seolah-olah kedudukan beliau sebagai MB bersifat mutlak dan ditentukan oleh dirinya sendiri," katanya, dalam komentar tersebut.

Amiruddin berkata, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim juga pada masa sama turut mengingatkan jawatan menteri besar itu bukanlah hak mutlak Khalid atau mana-mana individu dan sewajarnya diinsafi oleh beliau termasuk pegawai dan penasihat di sekelilingnya.

Kenyataan kedua-dua pemimpin itu bagaimanapun dibidas Faekah yang juga penyelaras DUN Pelabuhan Klang.

Kenyataan Shamsul Iskandar itu katanya, melangkaui arahan Anwar yang menggesa pemimpin PKR supaya berhati-hati ketika mengeluarkan kenyataan berhubung jawatan menteri besar Selangor.

"Kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan oleh Shamsul Iskandar ini secara dasarnya telah mencarik kesepakatan dalam Pakatan dan merosakkan imej PKR di mata rakyat," kata Faekah dalam satu kenyataan.

"Sewajarnya, beliau tahu batas dan kaedah yang harus digunakan sebagai anggota biro politik parti, apakah lagi kenyataan secara terangan bertujuan menyerang dan memburukkan imej rakan kepimpinan beliau dalam biro politik sendiri, iaitu Khalid," tambahnya.

Faekah turut menasihati Shamsul Iskandar perlu bersikap objektif, dan "sebagai peguam, Shamsul Iskandar seharusnya sedia maklum tentang legitimasi yang diperlukan untuk menjawat jawatan menteri besar."

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana