Panas Ni!!! Pemuda PAS Selangor Sokong Khalid : Beri Amaran kepada PKR

KUALA LUMPUR 24 April - Dewan Pemuda PAS Selangor hari ini menyatakan pendirian mempertahankan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar dan mengingatkan pucuk pimpinan tertinggi PKR agar mematuhi Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri.

Ketua Dewan Pemudanya, Syarhan Humaizi Abdul Halim berkata, Khalid Ibrahim terbukti berjaya mentadbir negeri Selangor dengan cemerlang sehingga ke satu tahap yang lebih baik termasuk mempertahankan Kerajaan Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum lalu.

“Tindakan menukar menteri besar juga perlu diperhalusi dengan cermat melalui persefahaman bersama Pakatan rakyat serta mengambil kira sentimen setiap pihak yang berkait dengan proses Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri termasuk pihak Istana.

“Menjustifikasikan tindakan beralasan memperkukuhkan kestabilan PKR semata-mata bukanlah alasan yang terbaik dalam memperjudikan kepercayaan rakyat yang terbina selama ini kepada Pakatan di Selangor khususnya dan di Malaysia amnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Syarhan turut memberi amaran mana-mana pihak yang berusaha merancang 'gerakan' menukar Menteri Besar Selangor  agar tidak terlalu gopoh semata-mata 'ingin meraih untung secupak tetapi rugi segantang'.

"Amanah yang terhampar untuk kita fokus dalam memberi khidmat terbaik kepada rakyat jangan dipersiakan, ayuh kita usahakan agar Pakatan Rakyat sentiasa terkehadapan dalam menunaikan tanggung jawab ini," katanya.

Beliau berkata, Pemuda PAS Selangor juga menyokong kenyataan Pesuruhjayanya Iskandar Samad yang mahu Khalid kekal jawatannya.

Katanya, ini kerana parti Islam itu lebih menitikberatkan kestabilan pentadbiran dan lebih fokus membela nasib rakyat.

"Semua keputusan tersebut diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Harian Pemuda PAS negeri itu semalam," tambahnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana