Pakatan Rakyat Selangor Runtuh Jika Khalid Ibrahim Masuk UMNO

Pergolakan dalam parti Pakatan Rakyat nampaknya semakin parah.  Apa tidak nya selain dari pergaduhan yang berlaku dihampir setiap tempat mengundi PKR, rebutan jawatan tertinggi juga menyebabkan perang proksi yang berlarutan sehingga kini.

Dikatakan perang senyap antara Azmin dan Khalid telah lama berlaku, dan ia bertambah parah  dengan akal Rafizi Ramli mencadangkan “Kajang Move” . Selain menghabiskan wang rakyat dan menyusahkan rakyat, ia juga menyebabkan pergeseran antara pengikut Azmin dan Khalid ketika berkempen.

Dalam satu mesyuarat  diketuai oleh Anwar dimana yang hadhir termasuk Khalid dan Azmin, dikhabarkan bahawa Khalid telah keluar dari mesyuarat itu atas sebab enggan mengikut telunjuk Anwar supaya tidak bertanding dan undur diri.

Kini bertambah parah lagi apabila semua pihak dalam Pakatan Rakyat menekan Khalid Ibrahim supaya meletak jawatan. tekanan turut datang dari ahli DAP yang turut masuk campur.

Konon nya atas sebab Khalid enggan mengutamakan politik menekan kerajaan pusat dalam isu air Langat. Dimana amalan mempolitikan segala benda seperti kebiasaan Pakatan Rakyat tidak diterima oleh Khalid lalu mengengkari Pakatan dan terus membuat perjanjian dengan kerajaan pusat.

Kini nyata sekali Khalid disisih dan cubaan demi cubaan memburukan Khalid dijalankan. Semua pun tahu cara yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat terhadap pusat kini diguna kan kepada Khalid pula. “Character Assisination” semamng nya kekuatan Pakatan Rakyat.

Namun bak kata Inggeris “Khalid holds the last card, the winning card”. Walaupun terpukul teruk diperlakukan oleh Pakatan Rakyat, Khalid masih mampu tersenyum.

Apa tidak nya , sejak kebelakangan ini Khalid dikatakan amat rapat dengan kepimpinan UMNO, malah dikatakan telah pun menjalinkan hubungan dengan pemimpin tertinggi UMNO semenjak menyetujui dengan pusat didalam isu air negeri Selangor.

Hubungan bertambah erat lagi sejak Khalid  bertemu DS Najib dipejabat Pembangunan Persekutuan Selangor di Masjid Tengku Ampuan Jemaah di Bukit Jelutong di sini, malam tadi selepas majlis berbuka puasa.

Dikata kan banyak yang dibincang kan secara empat mata dan bersendiriian ketika bersama pemimpin UMNO itu.

Pasti nya jika Khalid dipijak lagi teruk oleh PR, maka pasti nya Khalid tidak akan berdiam diri selain bertindak balas.

Pakatan Rakyat pasti nya akan runtuh jika Khalid masuk UMNo atau pun keluar dari PKR.

Di katakan  bersama Khalid Ibrahim ada rahsia besar kerja kerja sulit Pakatan rakyat dan permintaan permintaan Anwar dan kuncu kuncu nya serta tindak tanduk Pakatan rakyat yang jika di bongkar akan terdedah semua kepada pengetahuan rakyat dan akan hancur Pakatan Rakyat terutama nya PKR.

Maka tentu sekali banyak perkembangan terbaru akan dapat dilihat selepas hari raya ini.

Sama ada Wan Azizah akan sempat jadi MB Selangor  dahulu atau pun Khalid akan sempat bongkar dahulu dan menghancurkan Pakatan Rakyat , sama sama lah kita nantikan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana