Padan Mukanya.....Sultan Selangor Murka Khalid Pertikai Status MAIS

SEPANG 15 Julai - Sultan Selangor Sutan Sharafuddin Idris Shah memberi amaran kepada Ahli Parlimen Shah Alam (PAS) Khalid Samad yang mempertikaikan kuasa Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) didalam mengurustadbir hal ehwal agama Islam di negeri tersebut.

Baginda dalam titahnya menjelaskan, Khalid seharusnya medalami undang-undang yang terpakai terutama Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor dan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor sebelum membuat sebarang kenyataan berkenaan isu tersebut.

"Tindakan Khalid mempersoalkan kuasa Mais seolah-olah menunjukkan sikap biadap dan penentangan kepada kuasa beta sebagai ketua agama Islam yang mendapat nasihat daripada pihak Mais berkenaan agama Islam seperti yang sedia termaktub di bawah undang-undang.

"Ini bukan kali pertama Khalid mempersoalkan tentang isu berkaitan kuasa eksekutif Mais dan juga Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor yang dianggapnya sudah lapuk," titah baginda.

Baginda bertitah pada Majlis Perasmian Masjid Pekan Sepang Selangor, di sini, hari ini.

SUltan Sharafuddin turut menyatakan perasaan kesalnya terhadap Khalid yang diberi peluang mewakili salah satu parlimen di Selangor sungguhpun bukan anak jati negeri tersebut.

"Beta amat kesal dan kecewa dengan kenyataan yang tidak bertanggungjawab itu.

"..oleh itu, beta menyeru kepada Khalid agar di masa akan datang beliau berwaspada di dalam mengeluarkan sebarang kenyataan dan jangan menunjukkan sikap biadap dan jahil beliau apabila membicarakan isu berkaitan dengan kuasa beta dan peranan Mais di dalam menasihati beta mengenai agama Islam," titah baginda.

Khalid Samad sebelum ini menggesa Sultan Selangor memansuhkan kuasa eksekutif MAIS bagi menjaga imej Sultan sebagai ketua agama Islam Selangor yang mendapat kritikan negatif dalam isu berkaitan agama terutama isu rampasan Bible berbahasa Melayu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana