Nik Aziz bersuara...tegur pemimpin PAS pertikai Hadi sokong Khalid MB Selangor

Ini jarang berlaku.Namun kalau Musyridul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat sendiri sudah keluarkan satu kenyataan khas awal pagi Ahad ia jelas petanda ini sudah jadi kes berat.

Silap haribulan bukan sahaja PAS dan PKR bertekak pasal isu jawatan Menteri Besar Selangor tetapi sudah ada bibit perang terbuka antara PAS dengan PAS.

Apa tidaknya,kalau Timbalan Presiden PAS Mat Sabtu dan Ketua Penerangan PAS Mahfuz Omar sudah berani secara terbuka pertikai kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang sokong Tan Sri Khalid mahu beliau kekal Menteri Besar.

Malu memang memalukan ibarat menampar bos sendiri di khalayak ramai...dua pemimpin PAS yang dikatakan pro-Anwar itu menyifatkan kenyataan Hadi pada pada sidang akhbar di Ruslia,Terengganu Jumaat bukan pendirian parti tetapi pandangan peribadi.

Menurut mereka PAS hanya akan mengadakan mesyuarat selepas hari raya (10 Ogos) untuk putuskan pendirian parti dalam isu Menteri Besar Selangor.

Ini sudah kes lawan tauke...tak gitu.

Maka tidak hairanlah untuk bendung pertikaian pasal isu jawatan Menteri Besar Selangor merebak dalam PAS sendiri,Nik Aziz telah mengeluarkan kenyataan di laman facebook rasmi beliau jam 1.10 pagi Ahad 27 Julai.

Dalam kenyataan bertarikh 26 Julai itu,bekas Menteri Besar Kelantan secara terbuka kata beliau sokong kenyataan Hadi mahu Khalid kekal Menteri Besar.

"Saya membaca kenyaaan Tuan Guru Presiden dan sepenuhnya saya menyokong kenyataan beliau. Saya sebagaimana banyak pihak di negara ini turut tertanya-tanya, atas silap dan salah manakah Tan Sri Khalid ingin digugurkan dari jawatan Menteri Besar?," tegas beliau.

Setelah terkena tamparan dari Hadi yang sokong Khalid,nampaknya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu letak isterinya,Datuk Seri Wan Azizah Ismail sebagai Menteri Besar ganti Khalid jenuh kena bersilat ekoran kenyataan Nik Aziz.

Tentulah pening dibuatnya...bukankah selama ini Nik Aziz dilihat banyak menyebelahi Anwar.

Nampaknya Musyridul AM PAS itu terpaksa 'lompat' ke tengah arina bila melihat orang macam Mat Sabu dan Mahfuz boleh pertikai cakap Presiden PAS.

Dalam pada itu kalau rajin pantau di media sosial sudah ada perang kata mengata antara budak-budak PAS pasal isu kenyataan Hadi.Ada yang sokong dan ada yang tidak.

Nik Aziz dalam kenyataan itu berkata asalnya beliau tidak berhasrat nak mengulas isu Menteri Besar Selangor kerana kita sekarang sedang berada di 10 akhir Ramadhan.

"Bagaimanapun, saya ditanya bertubi-tubi terutama oleh pihak media sejak dua hari lepas khususnya apabila keluar kenyataan Dato Seri Tuan Guru Presiden PAS yang mempertahankan Tan Sri Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor"

Nik AzizĂ‚  mengingatkan : "PAS ini ada nakhodanya iaitu Tuan Guru Presiden. Saya penuh yakin beliau mendapat maklumat yang cukup sebelum mengeluarkan kenyataan.

"Saya sendiri turut mendapat maklumat dari banyak pihak yang sebahagiannya tidak perlu untuk saya jelaskan di sini. Cukuplah untuk saya menyatakan bahawa, buat masa ini, ahli PAS hendaklah meletakkan keutamaan ketaatan kepada apa yang telah dinyatakan oleh Tuan Guru Presiden.

" Benar, nakhoda barangkali tersalah, tetapi jika anak kapal pula beramai-ramai ingin menjadi nakhoda, barang tentu bahtera tidak akan belayar dengan baik."


BERIKUT IALAH KENYATAAN PENUH NIK AZIZ


PAS : Bahtera Yang Ada Nakhodanya

Saya pada mulanya tidak berhasrat untuk mengulas isu Menteri Besar Selangor memandangkan kita sekarang sedang berada di 10 akhir Ramadhan yang entah sempat atau tidak kita bersua dengan Ramadhan di tahun hadapan. Sewajarnya tempoh terbaik di bulan yang terbaik ini digunakan dengan sepenuh tumpuan untuk kita menggandakan amal ibadat agar dikurniakan ganjaran yang terbaik oleh Allah SWT.

Bagaimanapun, saya ditanya bertubi-tubi terutama oleh pihak media sejak dua hari lepas khususnya apabila keluar kenyataan Dato Seri Tuan Guru Presiden PAS yang mempertahankan Tan Sri Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor. Ramadhan yang sepatutnya digunakan untuk masing-masing menumpukan perhatian kepada ibadah menjadi masa untuk kita berpolemik. Seolah-olah kenyataan Tuan Guru Presiden itu tidak memadai, maka saya terus diasak untuk mengeluarkan pula kenyataan.

Saya membaca kenyaaan Tuan Guru Presiden dan sepenuhnya saya menyokong kenyataan beliau. Saya sebagaimana banyak pihak di negara ini turut tertanya-tanya, atas silap dan salah manakah Tan Sri Khalid ingin digugurkan dari jawatan Menteri Besar? Setelah satu penggal beliau memimpin dengan cemerlang sehingga di dalam pilihanraya umum yang lepas, prestasi Pakatan Rakyat di Selangor semakin meningkat dan beliau dikekalkan di atas kerusi Menteri Besar, tiba-tiba hari ini beliau ingin digugurkan. Sudah tentu persoalan yang berlegar ialah, adakah tiba-tiba beliau menjadi mundur dalam prestasi gerak kerjanya?

Barangkali beliau ada salah dan silap tidak dapat dinafikan, namun adakah ia sehingga menyebabkan beliau wajar digugurkan? Saya kira persoalan ini perlu diselesaikan terlebih dahulu di meja rundingan Pakatan Rakyat, barulah kita bercakap soal pengganti. Jika tangga pertama pun masih belum dipijak, janganlah pula tergesa-gesa melangkah ke tangga kedua, bimbang nanti kepala tersadung lantai.

PAS ini ada nakhodanya iaitu Tuan Guru Presiden. Saya penuh yakin beliau mendapat maklumat yang cukup sebelum mengeluarkan kenyataan. Saya sendiri turut mendapat maklumat dari banyak pihak yang sebahagiannya tidak perlu untuk saya jelaskan di sini. Cukuplah untuk saya menyatakan bahawa, buat masa ini, ahli PAS hendaklah meletakkan keutamaan ketaatan kepada apa yang telah dinyatakan oleh Tuan Guru Presiden. Benar, nakhoda barangkali tersalah, tetapi jika anak kapal pula beramai-ramai ingin menjadi nakhoda, barang tentu bahtera tidak akan belayar dengan baik.

Pesan saya, selesaikan polemik ini dengan baik. Keruh di hulu selesaikan di hulu, jangan biar ia berhilir. Jangan keruh di hulu diheret panjang. Utamakan perbincangan sesama kita agar rakyat tidak bosan mendengar hiruk pikuk pertengkaran suami isteri. Pada saya, ini hanyalah satu kemelut kecil sahaja bahkan proses ini mematangkan hubungan kita di dalam Pakatan Rakyat.

Wajib diingat, Pakatan Rakyat perlu terus kukuh bertahan dalam medan politik negara. Akar umbi perlu sentiasa segar dengan maklumat agar sikap dan tingkah laku pemimpin difahami dengan jelas. Jika akar rapuh, pohon yang rendang sekalipun tidak akan bertahan lama.

Salam Ramadhan. Teruskan saki baki Ramadhan dengan amal kebajikan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana