Neymar Menangis Kerana Nyaris Lumpuh

BINTANG Brazil, Neymar menitiskan air mata ketika mendedahkan bahawa dia nyaris lumpuh akibat kecederaan yang dialami ketika menetang Colombia pada suku akhir Piala Dunia.

Pada masa sama, Neymar yang pertama kali hadir di hadapan media selepas mengalami keretakan tulang belakang turut mempertahankan jurulatih negara itu, Luiz Felipe Scolari yang dikritik pelbagai pihak.

Pemain berusia 22 tahun itu juga mendedahkan bahawa pemain Colombia, Juan Zuniga telah menelefonnya dan meminta maaf ekoran insiden tersebut.

“Zuniga telah menghubungi beberapa hari lepas untuk meminta maaf dan memberitahu dia tidak sengaja mencederakan saya.

“Saya terima maaf itu tetapi tidak dapat menerima tindakan itu sebagai sesuatu yang biasa berlaku.

“Saya berterima kasih kepada tuhan kerana terselamat daripada terus lumpuh kerana jarak keretakan berlaku satu inci daripada kawasan bahaya,” katanya.

-Mstar

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana