Najib tertawa jawab pasal spekulasi mengenai buka puasa dengan MB Selangor

Seperti diduga kehadiran Tan Sri Khalid Ibrahim di majlis berbuka puasa bersama Datuk Seri Najib Tun Razak di masjid di Bukit Jelutong dekat Shah Alam Khamis malam terus menjadi bahan bualan.

Berbagai spekulasi timbul termasuk konon dicelah majlis itu Perdana Menteri dan Menteri Besar Selangor adakan pertemuan empat mata di sebuah bilik di masjid berkenaan.

Lebih menghangatkan suasana bila Najib dalam twitter beliau kata 'Seronok juga berbual panjang sementara tunggu berbuka. T kasih kpd @Khalid_Ibrahim & rakyat S'gor di S Alam smlm ".

Apapun orang Pakatan Rakyat khususnya PKR di Selangor boleh bawa bertenang.Tiada udang disebalik batu.

Jawab soalan mengenai tweet itu serta isu kehadiran Khalid itu pada sidang akhbar selepas mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra ,petang Jumaat,Perdana Menteri spontan tertawa.

Beliau secara berjenaka menjawab Khalid menghormati beliau sebagai pemimpin Persekutuan dan beliau hormati Khalid sebagai pemimpin negeri.

Najib menafikan desas desus konon mereka adakan pertemuan empat mata di celah majlis itu.

"Ada beribu mata',katanya merujuk kepada 2,000 orang yang hadir di majlis berkenaan.

"Saya tidak ajak beliau sertai UMNO,"tambahnya lagi secara berjenaka.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana