Najib Lancar Tabung Pray For Gaza

SHAH ALAM 9 Julai - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan tabung bantuan Pray For Gaza anjuran Puteri UMNO Selangor di Bangunan UMNO.

Turut menyaksikan pelancaran tabung itu termasuk Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar, Setiausaha Perhubungan UMNO Selangor Datuk Johan Abdul Aziz bersama 22 Ketua Bahagian dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Selangor.

Beliau melancarkan tabung tersebut sebelum mempengerusi mesyuarat bersama Badan Perhubungan UMNO Selangor bagi membincangkan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang untuk negeri tersebut.

Turut dibincangkan adalah situasi dan krisis dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk dijadikan bahan dalam PRU14 nanti.

Serangan udara Israel di Semenanjung Gaza, awal hari ini menyebabkan tujuh terbunuh, menjadikan jumlah korban setakat ini meningkat kepada 57 orang dalam serangan tiga hari berturut-turut.

Semalam, sekurang-kurangnya 29 penduduk Palestin terbunuh namun Hamas terus melancarkan roketnya ke arah Israel.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana