MH17: Tidak perlu tuding jari, serah kepada siasatan - Tun Mahathir

KUALA LUMPUR 28 Julai - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berharap tidak ada mana-mana pihak yang menuding jari antara satu sama lain berhubung tragedi MH17.
Beliau berkata siasatan lanjut akan menentukan pihak sebenar yang terlibat dalam nahas membabitkan pesawat Malaysia Airlines (MAS) itu.

"Saya rasa kecewa kerana tanpa penyelesaiannya, Amerika dan Eropah sudah mengenakan sekatan terhadap Rusia seolah-olah mereka mencari sebab untuk bertindak terhadap Rusia dan guna pristiwa malang ini untuk tujuan politik," katanya.

Sambil mengakui sangat sedih dengan kejadian MH370 dan MH17, Dr Mahathir berkata kejadian seumpama itu tidak sepatutnya berlaku kepada pesawat komersial MAS.
"Kejadian MH17 merupakan jenayah sama ada dirancang atau tidak. Kita tak boleh terima salah tembak sebagai alasan", katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis ramah mesra Aidilfitri di Istana Negara di sini, hari ini.

Dr Mahathir turut mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengambil pendekatan untuk berunding dengan pemimpin puak pemisah pro-Rusia Alexander Borodai dalam menangani tragedi MH17.

Katanya, usaha Najib itu menunjukkan Malaysia sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak sekalipun. - BERNAMA

Ini adalah pandangan seorang bekas mantan PM yang kita hormati selama ini. Jadi nasihat saya agar isu ini kita serahkan sahaja kepada pihak yang lebih profesional bagi menyelesaikan masalah isu MH17. Harapan agar isu ini dapat diselesaikan dengan segera dan pihak yang bertanggungjawab harus di bawa ke muka pengadilan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana