MH17: Sukar Kenal Pasti Pesawat Di Ruang Udara Negara Bergolak - Pejuang Jihad

PETALING JAYA: Adalah sukar bagi kumpulan militan untuk mengenal pasti sama ada pesawat yang terbang di ruang udara negara bergolak adalah pesawat komersial atau tentera.
Ahmad Salman Abdul Rahim, salah seorang pejuang jihad warganegara Malaysia di Syria berkata, pesawat komersial berhadapan risiko besar kerana kumpulan militan tidak mempunyai peralatan radar dan teknologi canggih untuk mengenal pasti sama ada sasaran di udara adalah 'musuh atau sebaliknya'.

"Di ruang udara Syria misalnya, pesawat komersial dibenarkan melalui ruang udara walaupun negara itu dalam konflik perang.
"Kadang-kala, berlaku salah faham di antara kami, fikirkan ia adalah pesawat lawan, tetapi apabila ditenung ia sebenarnya pesawat komersial," katanya dalam laman Facebooknya berikutan insiden pesawat MH17 yang terhempas di Ukraine pada Khamis.

Merujuk kepada nasib penumpang dalam pesawat MH17 yang dipercayai ditembak jatuh oleh kumpulan pemisah pro Rusia, Ahmad Salman berkata, pihak yang berperang boleh menuding jari antara satu sama lain sekiranya kejadian tidak diingini berlaku.

"Ini adalah realiti yang menimbulkan risiko besar terhadap keselamatan pesawat komersial. Adakah tiada laluan alternatif untuk pesawat komersial?," tulisnya.

Ahmad Salman turut menyuarakan rasa terkejut mengenai insiden itu dan mengucapkan takziah kepada keluarga penumpang dan anak kapal MH17.

"Moga kita belajar sesuatu yang amat berharga dari musibah ini," katanya.
Pesawat MH17 membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal.

Ia yang berlepas dari Amsterdam dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang pada 6.10 pagi (waktu tempatan Malaysia) pagi Jumaat.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana