MH17: Menanti dan menanti...puak pemisah Ukraine terus buat pekak

Setakat ini belum ada apa-apa tanda yang meyakinkan lagi bahawa pasukan dari Malaysia dan juga antarabangsa boleh masuk ke Grobovo di Timur Ukraine ,kawasan lokasi MH17 terhempas.

Semua orang sudah tengok bagaimana satu delegasi kecil dari Organisation for Security and Cooperation in Europe (OSCE) ,yakni kumpulan pertama dibenar tinjau lokasi berdepan dengan karenah ganas militia pemisah Ukraine yang mengawal gerak geri mereka sepanjang lebih sejam saja di situ.

Dunia kini sedang menjerit pada Presiden Russia,Vladimir Putin yang dikira orang paling berpengaruh untuk 'jentik' puak pemisah Ukraine keturunan Russia agar buka laluan ke lokasi MH17 terhempas.

Puak pemisah Ukraine yang kini menguasai beberapa wilayah di Timur Ukraine yang bersempadan dengan Russia tidak sekuat mana.

Ibarat Israel yang kuat kerana dokongan Amerika...puak pemisah Ukraine jadi gergasi kerana dapat backing dan bekalan senjata dari Russia.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri sudah cakap panjang dengan Putin.

Begitu juga para pemimpin dunia lain termasuk Barak Obama.

Bangsa-bangsa Bersatu sendiri menuntut laluan selamat ke lokasi MH17 terhempas dan siasatan penuh antarabangsa.

Selain Malaysia,selaku pemilik dan pengendali pesawat MAS,nahas MH17 amat terasa di Belanda.

Ini bukan kerana Schipol,lapangan terbang dekat Amsterdam itu tempat MH17 berlepas.

Namun melihat pada senarai penumpang seramai 193 adalah warganegara Belanda.

Mereka adalah penumpang paling ramai dalam pesawat malang yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal.

Perdana Menteri Belanda Mark Rutte mengakui beliau sudah 'habis cakap' dengan Putin."Saya beritahu dia waktu makin suntuk untuk dia tunjuk kepada dunia yang dia ada niat baik dan dia bertanggongjawab" katanya.

Dalam bahasa diplomatik itu amat keras.

Perdana Menteri Australia Tony Abbott nyata cukup geram 27 warganegara Australia penumpang MH17 terbunuh ditembak peluru berpandu buat Russia.

Beliau secara terbuka melibas Putin dalam Parlimen Australia.

Ketika usaha-usaha diplomatik dan rundingan pelbagai peringkat dibuat...setakat ini gambar-gambar yang keluar dari lokasi MH17 terhempas memang membuatkan ramai yang risau dan geleng kepala.

Perdana Menteri Belanda Mark Rutte menyifatkan sangat memualkan melihat bagaimana puak pemisah Ukraine menyelongkar barang milik penumpang yang bertaburan di situ.

Kini sudah lebih dua hari mayat penumpang MH17 terbiar bergelimpangan begitu saja....betul-betul macam mangsa perang.

Pada ketika belum ada jaminan bila usaha mengangkut mayat cara yang sempurna dapat dibuat...ia semakin mereput setiap detik waktu yang berlalu.

Juga jadi kebimbangan utama tentulah bukti dan segala macam hal tentang nahas itu 'dicuci' oleh puak pemisah.Kecurigaan ini memang jadi berita terpanas sekarang kerana banyak pihak termasuk Amerika secara terbuka tuduh puak pemisah Ukraine yang membedil MH17.

Dari segi strategik...kawasan dimana MH17 terhempas itu cuma padang dan ladang yang luas.

Di situ tidak ada pengkalan tentera atau kubu-kubu sulit.

Dunia kini sedang berurusan dengan puak pemisah Ukraine yang ibarat 'gerombolan koboi' yang tidak peduli orang lain.

Takdirnya Malaysia tersepit dalam kancah ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana