MH17: Mayat pertama dijangka tiba di Belanda 10 malam ini waktu Malaysia

Mayat pertama yang dijumpai di lokasi nahas di Ukraine akan tiba di Belanda pada jam 10 malam ini waktu Malaysia (1400 GMT) dan akan disambut oleh saudara-mara.

Belanda mengisytiharkan hari berkabung hari ini bagi menghormati 193 mangsanya yang terbabit dalam nahas pesawat MH17, kata Perdana Menteri, Mark Rutte dalam satu kenyataan.

Raja Willem Alexander, Ratu Maxima dan Rutte akan berada di lapangan terbang Eindhoven untuk menyambut ketibaan mayat berkenaan yang akan diiringi dengan penghormatan selama satu minit, kata kenyataan kementerian keadilan.

Bendera di bangunan awam di seluruh negara akan dikibarkan separuh tiang, kata Rutte.

Wakil daripada 10 negara di mana warga mereka terbunuh dalam nahas berkenaan juga akan berada di lapangan terbang. - AFP

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana