MH17: Hampir 200 Mayat Ditemui - SES

PETALING JAYA: Pasukan mencari yang diketuai oleh kerajaan Ukraine telah menemui 196 mayat di tapak nahas pesawat MH17 terhempas, menurut  sukarelawan Perkhidmatan Kecemasan Negara Ukraine (SES) pada Ahad.

SES berkata seramai 380 anggotanya terlibat dalam operasi mencari dengan keluasan carian menjangkau hingga 34 kilometer persegi di timur Ukraine.

Bagaimanapun, kumpulan tersebut berkata pencarian yang dijalankan agak rumit kerana puak pemisah menghalang kerja mencari yang dilakukan oleh unit SES di tapak nahas.
Terdahulu, Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama Eropah (OSCE) berkata  mereka mempunyai keraguan terhadap bilangan mayat yang ditemui daripada pesawat MH17 yang terhempas. Hal ini kerana mereka merasakan ada pihak tertentu telah mengalihkan mayat berkenaan.

Michael Bociurkiw memberitahu CNN, sebuah kumpulan telah pergi ke tapak nahas di kawasan terpencil di timur Ukraine pada Sabtu dan mereka melihat seorang lelaki sedang mengalihkan beberapa beg mayat.

Bociurkiw bekata agak sukar untuk mempercayai maklumat berkenaan beberapa kumpulan puak pemisah pro-Rusia yang berada di situ sukar dikenalpasti. Hal ini kerana sebahagian daripada mereka yang mengawal tapak nahas memakai topeng muka, katanya.

"Bagaimanapun ini tidak bermakna mereka salah seorang komander yang bertanggungjawab," katanya.

Terdapat tiga orang penyiasat nahas udara daripada Ukraine turut bersama dengan pasukan pemantau OSCE berada tempat kejadian. Namun kumpulan ini tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk menjalanakan kerja-kerja mereka.

"Mereka memerlukan lebih banyak masa dan kebebasan untuk keluar dan masuk ke tapak nahas," kata Bociurkiw.

Bociurkiw memberitahu Pusat Media Krisis Ukraine pada Sabtu bahawa OSCE melihat ramai anggota puak pemisah memegang senjata berada di tapak nahas.

"Matlamat utama kami adalah mengumpulkan fakta untuk dikongsi dengan OSCE dan pihak media. Kami sedang melihat tahap keselamatan di tapak nahas, keadaan bangkai dan serpihan pesawat, barangan peribadi milik mangsa dan mayat yang berada di tapak nahas," katanya.

Lebih banyak kuasa besar dunia telah mendesak Presiden Vladimir Putin untuk menggunakan kuasanya mempengaruhi puak pemisah.

"Semalam (Jumaat), OSCE hanya dibenarkan berada di tapak nahas selama 75 minit," kata Jabatan Negara Amerika Syarikat dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada malam Sabtu.
"Hari ini, kumpulan itu dibenarkan berada di tempat kejadian tidak lebih daripada tiga jam. Tapak nahas tidak mempunyai tahap keselamatan, beberapa laporan mendakwa ada mayat yang telah dialihkan dan bahagian serpihan pesawat dikeluarkan daripada tempat kejadian dan ini boleh menggangu siasatan dalam kes berkenaan.

Beliau berkata ia tidak boleh diterima kerana ia melibatkan maruah mangsa dan ini merupakan satu penghinaan kepada mereka yang kehilangan orang tersayang."

Perdana Menteri Britain, David Cameron telah menulis pada Sunday Times Op-Ed menggesa Putin agar menjadikan lokasi nahas diberikan tanpa syarat dan meminta beliau menenangkan persengketaan antara Ukraine dan puak pemisah.

Canselor Jerman Angela Merkel dan Perdana Menteri Belanda Mark Rutte turut mengeluarkan kenyataan yang serupa.

"Saya mahu akses untuk masuk ke tapak nahas diberikan tanpa halangan dan ini dapat membantu tempoh pemulihan yang cepat," kata Rutte pada sidang media.

Rutte berkata imej yang memaparkan aksi orang berlari-lari berhampiran dengan serpihan pesawat dan barangan kepuanyaan mangsa 'benar-benar menjijikkan."

MH17 hilang daripada skrin radar di timur Ukraine pada pukul 1415 GMT pada Khamis, selepas dua jam berlepas daripada Lapangan Terbang Schiphol Amsterdam dalam perjalanan ke Kuala Lumpur.
Bagaimanapun, pesawat Boeing 777 itu dipercayai ditembak kira-kira 50 kilometer di sempadan Ukraine-Rusia.

Semua 298 penumpang dan anak kapal, termasuk 44 rakyat Malaysia dipercayai terkorban dalam nahas tersebut.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana