Memalukan Negara Saja.....Diplomat Malaysia Terlibat Kes Serangan Seksual Tak Akan Terlepas Hukuman - Anifah

KUALA LUMPUR: Diplomat Malaysia yang dipercayai terlibat dalam kes serangan seksual terhadap seorang wanita berusia 21 tahun di Wellington telah dipanggil pulang, bagaimanapun kerajaan New Zealand mendesak supaya lelaki itu didakwa di negara berkenaan.

Perdana Menteri New Zealand, John Key pada Isnin dilaporkan berkata, perkara utama adalah supaya lelaki itu dibicarakan di negara di mana kejadian itu berlaku.

Menurut laporan, lelaki yang berusia 30-an itu dikatakan mengikut wanita berkenaan dan melakukan serangan ke atasnya pada bulan lepas.

Polis New Zealand mendakwa warga Malaysia itu atas tuduhan merompak dan menyerang mangsa dengan cubaan merogol, di mana setiap kesalahan itu membawa hukuman penjara maksimum selama 10 tahun.

Bagaiamanapun, hakim New Zealand dilaporkan menyembunyikan butiran pihak yang terbabit dalam jenayah seksual bagi melindungi identiti mangsa.

Ketika dihubungi The Star pada Isnin, Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman turut mengesahkan diplomat Malaysia yang terlibat telah dipanggil pulang.

Menegaskan Wisma Putra 'tidak melindungi' tertuduh, Anifah berkata beliau meminta polis New Zealand meneruskan siasatan dalam usaha menegakkan keadilan.

"Jangan fikir hanya kerana dia seorang diplomat, dia boleh terlepas (hukuman).

"Imuniti sebagai seorang diplomat bukan lesen untuk  melakukan jenayah," katanya yang sudah berhubung dengan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di New Zealand mengenai perkara itu.

Ditanya mengapa diplomat berkenaan diarahkan pulang, Anifah berkata, mungkin timbul salah faham daripada emel yang dihantar oleh Kementerian Luar Negeri dan Perdagangan New Zealand kepada Wisma Putra.

Anifah yang dijadual mengadakan sidang media mengenai isu tersebut hari ini berkata, diplomat berkenaan akan kembali ke Wellington untuk dibicarakan secara adil dan nyawanya tidak terancam di sana.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana