MB ucap terima kasih atas sokongan Hadi...ANWAR Mahu Kata Apa lagi

KAPAR: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengucapkan penghargaan kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang atas sokongan dan kepercayaan yang diberikan Presiden PAS itu untuk beliau terus mentadbir Selangor.

Abdul Khalid berkata demikian mengulas kenyataan Presiden PAS itu hari ini mempertahankan beliau untuk kekal sebagai Menteri Besar Selangor kerana beliau tidak pernah khianat dalam menjalankan amanah kepada rakyat.

"Terima kasih atas sokongan dan kepercayaan yang diberikan oleh presiden PAS untuk menerajui pentadbiran kerajaan negeri Selangor sehingga akhir Penggal," katanya dalam satu kenyataan.

"Sokongan ini amat bermakna kerana sesungguhnya Selangor selaku negeri maju memerlukan suasana politik yang stabil. Saya bersama barisan EXCO akan terus memastikan slogan PRU 13 di terjemahkan dalam bentuk tindakan yakni Meneruskan Kecemerlangan,"katanya lagi.

Hadi hari ini mempertahankan Khalid untuk kekal sebagai Menteri Besar Selangor kerana beliau tidak pernah khianat dalam menjalankan amanah kepada rakyat.

"Insya-Allah itu sikap saya dan saya harap seluruh pimpinan PAS akan bersama dengan keputusan ini walaupun ada pandangan berbeza.

"Saya sudah dengar semua hujah, kumpulkan sebelum akhirnya saya dapati majoriti kalangan akar umbi PAS bersetuju Khalid dikekalkan atas konsep amanah yang ditunaikannya," katanya dipetik Bernama ketika ditemui selepas kuliah Jumaat di rumahnya di Rusila di Terengganu, hari ini.

Hadi berkata, hasil penelitian dan kaji selidik dilakukan beliau sendiri melalui beberapa pihak sama ada dalam PAS mahupun pihak luar, didapati majoriti Selangor masih bersetuju Khalid dikekalkan sebagai menteri besar, namun bergantung kepada perkenan Sultan Selangor.

Katanya, kecemerlangan perkhidmatan Khalid dalam menerajui Selangor hingga ke tahap yang lebih baik termasuk mempertahankan Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-13 tidak boleh dinafikan meskipun terdapat kecelaruan yang ditimbulkan dalam Pakatan Rakyat.

Sebelum ini, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang bermesyuarat Rabu lalu menerima cadangan PKR untuk menggantikan Khalid dan mencalonkan presidennya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mengisi jawatan itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana