Mat Sabu Risau Ahli PAS Sertai UMNO...Sebabnya Ada lah Puak Puak Anwarinas Terang Terang Sokong DAP

KUALA LUMPUR 17 Julai - Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menimbulkan perasaan risaunya berkenaan penghijrahan ahli partinya yang akan menyertai UMNO sejak kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tahun lalu.

Dakwa Mat Sabu, penghijrahan ahli PAS adalah disebabkan oleh taktik UMNO yang memainkan isu rasis sehingga ada dari kalangan ahlinya 'tergoda' dengan politik tersebut.

"Kita mesti berusaha untuk memecahkan usaha ini. Kami bimbang ada di kalangan ahli kami dan penyokong yang terpengaruh dengan sikap rasis Umno khususnya bila mereka sentiasa memainkan isu Melayu," katanya yang dipetik dari Malaysiakini, hari ini.

Tambahnya, UMNO sering menjadikan DAP sebagai mangsa menasihati rakan pakatannya itu supaya tidak terperangkap dengan mainan politik parti tersebut.

Mat Sabu juga menafikan bahawa DAP mempertahankan satu kaum sahaja iaitu kaum Cina.

Beliau mengemukakan contoh beberapa kes usaha terancang itu seperti sebarang percubaan mengganggu tanah rizab Melayu di pulau mutiara itu yang boleh mencetus kemarahan memandangkan ketua menteri adalah Cina dari DAP.

Menurut Mohamad, keadaan itu lebih teruk berlaku di Johor dan banyak kawasan yang didiami orang Melayu yang miskin tetapi tidak menjadi isu kerana menteri besarnya Melayu

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana