Makna BEsar Tu...Kekalahan Brazil Contoh Kurangnya Kepimpinan

PUTRAJAYA 9 Julai - Kurangnya kepimpinan dalam sesebuah pasukan akan mengakibatkan kucar-kacir dalam persatuan tersebut sepertimana yang berlaku kepada skuad Brazil yang kalah menentang Jerman 1-7, pada persaingan separuh akhir, Piala Dunia pagi tadi.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata demikian dengan merujuk kepada kekalahan pasukan bola sepak Brazil berikutan pertahanan yang berada dalam keadaan kucar-kacir sehingga menerima kekalahan teruk dibelasah pasukan Jerman.

"Apa yang dapat saya simpulkan bahawa, kekurangan kepimpinan atau tiada kepimpinan yang baik menyebabkan kekalahan ini.

"Kalau itu yang berlaku kepada satu pasukan bola sepak, bayangkan kepada satu negara yang tiada kepimpinan berkesan, mampu menjiwai aspirasi pastinya menjadi seperti apa yang berlaku kepada pasukan Brazil," katanya ketika berucap di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Peserta Program Felo Perdana kepada Menteri Menteri Kabinet di sini hari ini.

Dalam masa sama Najib yang juga penyokong pasukan Sepanyol itu dalam nada berseloroh sempat mengucapkan takziah kepada penyokong pasukan Brazil dan tahniah buat penyokong pasukan Jerman.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana