Macam Ni Pun Rakyat Boleh Memilih PR....Pakatan tunda keputusan untuk sokong Wan Azizah jadi MB baharu...

KUALA LUMPUR: Majlis Presiden  Pakatan Rakyat hari ini menerima cadangan PKR untuk Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim digantikan sebagai Menteri Besar Selangor namun tidak mengesahkan pencalonan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail bagi mengisi jawatan itu.

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata PAS dan DAP akan mengadakan mesyuarat di peringkat parti masing-masing bagi membuat pendirian rasmi mengenai pencalonan Azizah selepas Hari Raya Aidil Fitri.

"Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat  menerima cadangan daripada KEADILAN untuk membuat pertukaran Menteri Besar di Selangor seterusnya mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail," kata Anwar.

"Parti DAP dan PAS akan membawa perkara ini ke dalam mesyuarat peringkat tertinggi parti masing-masing dan akan membuat keputusan dalam masa terdekat," tambah beliau.

"DAP dan PAS secara dasarnya menghormati prinsip pencalonan jawatan Menteri Besar Selangor adalah daripada KEADILAN," kata beliau.

Anwar berkata PKR pula akan meneruskan perbincangan dengan Khalid untuk menetapkan jadual peralihan kuasa itu berikutan laporan pemimpin itu tidak mahu berundur daripada jawatan itu meskipun di tolak oleh partinya.

Pengumuman Anwar bahawa Wan Azizah masih belum menerima kelulusan Pakatan Rakyat akan menguatkan spekulasi bahawa PAS menolak pencalonan presiden PKR itu untuk menerajui Selangor.

"Saya baru sahaja memaklumkan pencalonan Wan Azizah secara rasmi melalui mesyuarat Pakatan Rakyat hari ini," kata Anwar selepas mesyuarat itu di bangunan Parlimen di sini.

"Merujuk isu Selangor, Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat menerima cadangan PKR untuk membuat pertukaran MB Selangor," kata Anwar.

Anwar  menegaskan PKR mengemukakan Wan Azizah sebagai calon tunggal bagi jawatan itu pencalonan isterinya walaupun ada calon-calon lain seperti timbalan presiden parti Azmin Ali.

"Ramai lagi calon yang layak untuk digantikan jawatan MB termasuk Azmin juga layak, namun ini adalah keputusan yang telah dibuat secara konsensus," ujar Anwar lagi.

Anwar berkata beliau bercadang untuk berundur sebagai Penasihat Ekonomi Selangor sekiranya Wan Azizah dimuktamadkan sebagai Menteri Besar menggantikan Khalid.

Turut hadir di mesyuarat tersebut antaranya adalah Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Dalam pada itu Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata parti itu akan bermesyuarat untuk memutuskan calon bagi menggantikan Khalid.

"Kami akan bermesyuarat secepat mungkin dan selepas hari raya akan buat keputusan," ujar beliau.

DAP pula akan memaklumkan keputusan itu dalam mesyuarat Presiden Pakatan akan datang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana