Macam Ni Pun Ada.....Anak yatim, fakir miskin dari Gombak ditipu

JOHOR BAHARU 24 Julai - Sebanyak 75 anak yatim dan fakir miskin dari Gombak, diperdaya seorang individu yang menjanjikan sumbangan duit raya, majlis berbuka puasa dan tempat tinggal di sebuah hotel di Johor Baharu, di sini malam semalam.

Mereka yang ditemani lapan pengasuh itu dihubungi seorang lelaki berbangsa Melayu dengan nama Faiz pada Isnin (21 Julai) mengatakan pihak hotel akan memberi sumbangan kepada anak yatim dan fakir miskin itu.

Seorang daripada pengasuh, Normala Baharim, 27, berkata, setibanya mereka di hotel itu pada 3 petang semalam (23 Julai) mendapati tiada sebarang majlis diadakan seperti yang dijanjikan individu itu.

"Saya terkejut apabila mendengar penjelasan seorang kakitangan hotel ini bahawa tiada sebarang majlis sumbangan hari raya untuk anak yatim di hotel ini," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Normala berkata individu terbabit telah berjanji akan menanggung segala perbelanjaan termasuk pengangkutan dua buah bas yang mereka naiki daripada Gombak, Selangor ke Johor Baharu, dan akan membayar terus selepas mereka tiba di hotel berkenaan.

Bagaimanapun, pihak hotel, atas dasar belas ihsan telah memberikan 30 bilik penginapan, juadah berbuka puasa dan sahur kepada mereka, membayar sewa bas serta membantu membawa pengasuhnya untuk membuat laporan polis di Balai Polis Taman Pelangi semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan ACP Sulaiman Salleh mengesahkan laporan polis tersebut dan pihaknya akan melakukan siasatan selanjutnya.- BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana