Macam Ni Pun Ada!!!! Isteri Tolak Gurauan Lucah Dibelasah Suami

KUALA TERENGGANU – Gara-gara enggan melayan gurauan lucah suami, seorang ibu tujuh anak cedera dibelasah suami. Bagaimanapun, tindakan suaminya, Mohd Zulkarnain Ismail, 44, menerima pembalasan apabila dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh mahkamah majistret, di sini, semalam.

Dia mengaku salah sengaja menyebabkan kecederaan kepada Che Alirawati Che Abdullah, 36. Mohd Zulkarnain, seorang buruh, melakukan kesalahan itu di rumah mereka di Kampung Surau Haji Daud, di sini, pada 21 Mei lalu, kira-kira jam 7.15 petang.

Dengan itu, Mohd Zulkarnain mengaku salah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara boleh sampai tiga tahun atau dengan denda atau dengan sebat atau dengan mana-mana dua daripada seksaan itu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa raya Nurzafirah Rosli di hadapan Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi, manakala Mohd Zulkarnain diwakili peguam bela Muhammad Hayatuddin Mohamad.

Mengikut fakta kes, Che Alirawati sedang berehat di rumah apabila Mohd Zulkarnain datang dan memukulnya, dia juga menghantukkan kepalanya di kepala mangsa.

Dia kemudian memukul kepala dan badan isterinya di hadapan anak-anak mereka. Kejadian tersebut berpunca apabila mangsa enggan melayan gurauan lucahnya sebelum itu.

Akibat perbuatan suaminya, Alirawati mengalami sakit di seluruh badan dan bengkak di kepala. Bimbang akan keselamatannya, Alirawati lari dari rumah dan bernasib baik kerana terserempak dengan kereta peronda polis.

Anggota polis peronda itu membawanya ke Balai Polis Kuala Terengganu untuk membuat aduan. Dia mengadu bahawa suaminya seorang penagih dadah dan kerap memukul anak-anak mereka.

Susulan laporan berkenaan, Mohd Zulkarnain ditangkap di hadapan rumah mereka pada 22 Mei lalu, kira-kira jam 4.45 pagi. Hasil ujian saringan ke atas air kencingnya mendapati dia positif dadah jenis methamphetamine.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana